Sains... Science

>> Dec 7, 2009


Sains dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah sains musnahlah kehidupan (ini lagu dan irama). Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative).
Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif”
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan jantina bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, “Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.


Ini kisah sains yang dipelajari oleh anak kecil iaitu menghasilkan belon sabun. Caranya sangat mudah dengan menggunkan bekas kecil (ibu guna MAB hehe sebab bekasnya cinonet) masukkan sabun dan sedikit air, tutup bekas dan goncangkan macam main masak-masak juga. Pemegangnya ibu gunakan plastik yang diikat pada beg plastik supit ghokghak yang beli kat Mydin, elok aja bentuk bulat di depannya memudahkan air sabun melekat dan terbentuk belon bila ditiup.

 
 

Selaku pemerhati penyorak dan penjerit bebas

Jika anda peminat sains dan suka mencari dan membaca artikel berkaitan sains, sila ke MajalahSains.com terdapat banyak info yang berguna di sini.

Klik SINI untuk baca sampai habis...

Bila Abah bawa Baby ke Klinik

>> Dec 6, 2009


"Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya tiada" baca dengan nada lagu ubat batuk cap ibu dan anak. Ini bukannya kisah anak yang sudah kehilangan ibunya tapi kisah anak kecil yang pergi ke klinik tanpa ibu. Seperti biasa appointment klinik selalunya jam 11 pagi supaya senang abahnya keluar ponteng kerja dari ofis dan hantar ibu dan baby ke klinik. Jam dah menunjukkan jam 11.30 tapi wajah abah belum lagi kelihatan di depan pagar rumah. Isk lupa kah hari ni ada appointment klinik dah cakap dah semalam terus ibu call.... ok2 on the way..on the way (jawapan standard bagi orang yang sampai lewat). Apabila jam sudah hampir jam 12 baru kedengaran deruman gegaran satu taman kereta. Bila abah masuk rumah ibu mula buat muka macam telur separuh masak 'abah pergi dengan baby jer la.. ibu takmo pergi dah lewat ni..!' teruknya perangai ibu ini. Ibu sebenarnya agah-agah ajer.. yer lah ayat merajukkan. Alih-alih abah ambil baby Umar dan tuala kecil terus bawa masuk kereta dan pergi... lar ingatkan nak cubaan.. cubaan ajer.. tapi dibilangnya betul..betul (macam pendekar bujang lapok tapi versi terbalik).

Ibu tahu abah memang pandai jaga anak-anak, ini bukan kali pertama abah pergi bertiga ke klinik tanpa ibu (orang ke-3 tu Hakim sibuk aja nak ikut kalu abah ke mana-mana) kali pertama sewaktu baby berusia 3 hari, nurse yang datang ke rumah syak baby kena demam kuning, ibu pula tak boleh bangun mengerang kesakitan kerana rengat (ala yg memulas dalam perut lagak macam kontraksi melahirkan juga tapi rengat yang ibu kena waktu tu lebih teruk dari sakit bersalin) bayangkan keadaan kami yang tinggal berlima sahaja ketika itu tiada mak atau mak mertua yang datang menemani (bersyukur dan berterima kasih lah anda jika mak atau mertua datang membantu). Jika anda mengalami senggugut yang teruk maka anda bertuah kerana dapat membayangkan situasi sebenar rengat dan melahirkan hehe.

Lebih kurang jam 1.30 tgh abah pulang dengan baby Umar dan Hakim bodyguard ni. Tengok abah pegang CD baby, eh baby tak pakai CD kah? kan kencing kan... ' kenapa abang?' dah ok dah merajuk ibu 'Umar berak' 'habis x pakai pampers lah tu?' pakai amik orang lain punya tertinggal kat klinik boleh ke? Nurse yang bagi. Isk..isk jika abah bawa anak ke mana-mana tidak lah fikir susah macam ibu nak bawa itu ini sampai penuh beg dengan harta karun dan sampah sarap. Beberapa bulan sebelum ini tidak pernah pula baby keberakan semasa hendak ditimbangkan (apa ayat nih?) alih-alih dengan abah juga... nasib la abah cuma yang ibu kagum sangat tu sebab abah ni cool aja, biarlah apa yang berlaku pun.... abah tetap cool

Klik SINI untuk baca sampai habis...

Ceritera Kehidupan

>> Dec 5, 2009


Selamat berhujung minggu kepada semua.... pagi ni enak jika masih dibuai mimpi kerana cuaca dingin nak beku pun ada rasanya. Saya macam biasa dengan rutin harian yang tiada kenal 'weekend', hari-hari adalah sama sahaja bagi saya kecuali jika di hari minggu saya ada 'pembantu' yang rajin menolong urusan rumah dan anak-anak, siapa lagi kalau bukan abah mereka. Jika di hari biasa saya tidak sabar-sabar menunggu jam 6 ptg tetapi di hujung minggu saya bersenang hati sedikit terukkan ibu ni? Abah dah sibuk merayau bukan meroyan yer mencari sekolah taska untuk Hakim yang berdekatan dengan rumah baru kami maklumlah tahun depan dah nak masuk 5 tahun. Ramai ibubapa yang hantar anak sedari 4 tahun lagi tapi kami punya pendirian berbeza, biar ibu aja yang menjaga anak sewaktu mereka kecil kerana rumah adalah sekolah pertama anak-anak. Banyak lagi mende yang perlu dibeli dan disiapkan untuk persekolahan Hakim, nampaknya ibu pula yang excited, Hakim pula bila sebut aja sekolah memang suka sangat dan katanya nak pergi sekolah naik bas emmmm... Ada cerita sup tulang, beef steak dan cheese cake di dalam ini, roti Ben10 pun ada juga di sini... jom tengok.

Ni lah dia rupa cheese cake yang saya makan hasil air tangan kakak bekalan dari rumahnya ketika kunjungan Raya Haji baru ni. Memang enak sungguh, masih terasa kelazatan cheese cake ini sampai ke hari ini. Cara nak buatnya senang aja (campak-campak blend-blend bakar-bakar) InsyaAllah saya berkongsi di lain masa yer. Ada 2 jenis topping yang ini strawberry dan bawah nun blueberry.



 
Hat ni saya ambil gambar yang dah makan sket... sebab gambar yang ambil sebelum makan blur kelabu-kelala. Tulang, gear box dan ekor kami buat sup... agak-agak nak letak gambar sebelum proses ekor lembu.. ada yang tak lalu kan. Patutler sup ekor mahal kat kedai nak proses tu susah... walaupun abang yang bersihkan dan saya tolong tengok dan menjerit bila geli hehe.



Ada lebihan daging qurban yang diberi, elok dagingnya.. kami terfikir nak buat steak... isk best nih. Bukan susah pun perap dengan sos black pepper dan sos bbq sket yg dah nak habis. Malam tu kami buat creamy mushroom soup dan black pepper souce juga menggunakan sos black pepper + bawang + black pepper (tumbuk) + butter.. wallaaa.. memang sodap... ada 6.5 ketul steaks yang dibakar (0.5 tu sebab separuh daging huhu) 2 untuk ibu, 2 untuk abah, 2 untuk Hakim dan 0.5 untuk ibu



Ini pula resepi makanan pertama baby Umar, kesian pula bila tengok Umar meronta-ronta sambil menjilat jari kaki bila tengok kami semua makan (ini kisah di hari lain yer bukan waktu kami makan steak itu). Ibu buat sup ayam (lauk nasi kitorang) campur carrot dan cellery, sebelum masukkan garam ibu asingkan sikit untuk di blend dengan nasi untuk santapan Umar.


 
Bila dah siap blend ini lah jadinya.. nampak creamy sangat emmm Aiesyah pula yang terliur. Sebab first time makan jadi Umar tidak lah pandai sangat asyik nak hisap aje.. sekarang dah ok dah, cepat aje rampas apa sahaja di depan mata terus masuk mulut, kertas pun pernah jadi santapan Umar   tengok lah ni.. berebut spoon dengan ibu.




Ini pula gayanya jika Aiesyah dan Hakim makan roti dengan mayonis, macam-macam ibu kena tulis.. dari huruf A sampailah Ben-10 (camana nak lukis Ben-10 dengan mayonis?) hehe... lukis jam nye ajer.. ala yang macam ni ha.


 
Cantik tak ibu tulis? hehe
Dengan siapa ibu nak kena tempah kek Ben10 nanti.. huhu lambat lagi bulan 5 atau 6 tahun 2010. Mesti Hakim ngan Aiesyah excited 


Klik SINI untuk baca sampai habis...

Reserve... Reserve

>> Dec 4, 2009


Ramai yang menggunakan perkataan simpan, saya lebih suka menggunakan perkataan reserve kerana reserve menentukan kestabilan psikologi kita. Pada umumnya ramai daripada kita merasa selamat dan stabil kerana kononnya mempunyai pekerjaan tetap. Tapi ramaikah daripada kita jika diberhentikan kerja hari ini boleh hidup untuk 3, 6 dan 9 bulan lagi? Dalam perancangan kewangan, kita perlu menyediakan reserve sekurang-kurangnya 9 bulan sebelum kita mula melabur. Tapi saya mencadangkan kita membina reserve bermula dari 3 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Kalau boleh 12 bulan ke atas. Ini bermakna sekiranya apa-apa berlaku kepada kita, kita boleh hidup tanpa bekerja untuk beberapa bulan.

Saya telah lihat mereka yang tiada reserve, psikologi mereka agak tertekan dan susah untuk memberikan tumpuan kepada pekerjaan. Kenapa tidak, bila bil dan pinjaman tidak berbayar. Bagi mereka yang ada reserve, tekanan perasaan adalah agak kurang dan konsentrasi kerja adalah pada tahap boleh diuruskan.

Untuk mengetahui berapa banyak yang diperlukan, anda boleh menggunakan pengiraan ringkas, gaji bulanan x 6 bulan. Tapi kalau mahu kerja lebih sikit, sediakan e-budget iaitu Emergency Budget bukan Electronik Budget. E-budget ialah membuang semua perbelanjaan bukan keperluan, dan tinggal hanyalah perbelajaan asas. Maknanya kereta dua jadi satu dan sebagainya (bukan isteri dua jadi satu.. itu zalim namanya)

Mungkin ada yang mengatakan bahawa apabila kita memperkatakan perkara begini, kita berada dalam alam kebendaan dan materialistik. Tidak perlu kita tenggelam dalam polemik itu. Apa yang kita buat adalah merancang kerana "Gagal Merancang bererti Merancang untuk Gagal"


Petikan 'Rancang Hidup Rancang Wang' by Hamdy

Klik SINI untuk baca sampai habis...

Kuasa Derma

>> Dec 3, 2009


Bismillah

Anda percaya dengan kuasa derma? Saya percaya derma atau sedekah boleh membantu saya bertambah kaya (haha betulkah kenyataan itu?) sebetulnya saya percaya kuasa derma mampu menyempurnakan hidup saya InsyaAllah kerana ada kata-kata yang menyebut (saya sudah lupa daripada mana saya dengar, kepada yang membaca sila betulkan saya jika anda tahu yer) "Tiada miskin orang yang menderma dan tiada kaya orang yang kedekut". Dermalah kerana banyak ayat Quran dan hadith Rasulullah S.A.W menyebut tentang derma, betapa mulianya orang menderma. Derma tidak hanya melalui wang ringgit asalkan kita ikhlas melakukannya dan jangan menunggu kaya baru hendak menderma kerana saya percaya waktu terbaik untuk menderma ialah apabila kita dalam kesempitan. Ada cerita menarik tentang derma/sedekah yang saya ingin kongsikan, sila baca hingga ke noktah terakhir.





Jangan sesekali takut untuk menderma, kerana janji Allah itu pasti. Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda asalkan kita melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Pernah terjadi suatu ketika dulu sewaktu kami agak kesempitan wang maklumlah tengah bulan hanya menunggu cukup bulan dapat gaji dan sangat berkira-kira untuk berbelanja. Hari itu hari Jumaat dan abang solat Jumaat di satu masjid yang agak besar di kawasan separuh bandar (maklum saja kerja abang yang sentiasa di atas jalan setiap hari) merata juga lah abang solat. Selepas selesai solat Jumaat, jemaah mula beredar tapi abang ambil sedikit masa untuk berehat sebelum menyambung kerja. Tiba-tiba ada seorang pemuda menegur abang dan meminta sedikit wang untuk pulang ke kampung di utara katanya, isterinya baru sahaja melahirkan bayi sulung mereka dan emergency dia bergegas pulang tanpa membawa wallet atau sebarang dokumen sah apalagi wang. 



Abang sebenarnya kesian melihat pemuda itu apalagi selepas mendengar ceritanya. Abang mengambil wallet dan melihat hanya ada sekeping nota RM50, tiada wang kecil apatah lagi wang besar yang lain. Jika anda berada di tempat suami saya apakah yang anda lakukan?



Saya tinggalkan persoalan itu dan biarlah anda sendiri yang menjawabnya.

Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Klik SINI untuk baca sampai habis...

Contest - HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

>> Dec 2, 2009



Saya terpandang entry terbaru daripada Zie_Fauzi tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL  sebab Puan Zie_Fauzi ni memang rajin masuk contest, apa saja contest yang ada di alam maya persada ni sure dia masuknya. Bila baca DenaiHati selaku penaja contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, mudah sahaja syarat-syaratnya.

Denaihati memang suka anjurkan contest mungkin kerana ramai penaja, antara penaja contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini;
1. DSGClicks
2. Berani Gagal Network
3. One Malaysia Blogshop
4. Anisha Online Mall
5. Saudacare

Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini daripada blog Zie-Fauzi
Kepada sesiapa yang nak baca ini dan nak join pastikan anda tulis
"Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL daripada Blog Tinta Comellote (http://tintacomellote.blogspot.com) yer... tq ... tq

Klik SINI untuk baca sampai habis...

Berikan 'Didikan Cinta' Kepada Suami

>> Dec 1, 2009


Ternyata artikel ini mampu memotivasikan saya

Hari telahpun larut malam tetapi ibu kepada anak-anaknya yang lima orang itu tidak juga pulang-pulang ke rumah. Lelaki itu dihinggapi rasa sesal yang membuak-buak di hatinya, bercampur takut dan risau hingga tubuhnya gementar. Sepuluh tahun usia pernikahan mereka tidak pernah sekalipun dia menyatakan penghargaan cintanya yang tulus kepada sang isteri.

Dia memang lelaki yang tidak romantik. Alasannya cukup mudah, buat apa nak tunggu hari bersejarah untuk menyatakan “I love you”? nak bagi hadiahpun, bila-bila masa boleh. Lelaki ini memang agak pemalu dan tidak memiliki jiwa seni langsung. Dia tidak kenal makna sebuah ungkapan syair cinta, tidak biasa memberikan kejutan yang romantik, Apatah lagi nak korbankan duit untuk benda-benda yang baginya tidak penting.

Mula-mula isteri tidaklah cerewet sangat dengan perangai macam “tunggul kayu” suaminya itu. Tetapi lama kelamaan setelah mendengar dan melihat kawan-kawan suami dan adik-beradiknya sendiri begitu meraikan isteri-isteri mereka, timbul juga rasa dengki dan iri hati. Apatah lagi kalau serangan stress datang saat bulan mengambang. Ish… rasa diri tidak dihargai dan disayangi tiba-tiba melanda hatinya. Malam inilah saatnya dia memberi pengajaran kepada suaminya yang tidak hangat itu. Malam anniversary yang ke sepuluh, biar dia rasa duduk di rumah dengan karenah anak-anak yang terlebih manja.

Ulangtahun perkahwinan

Ibu muda itu masih memandang jauh ke tebing sungai yang menjadi tempat tercantik di tengah kota saat malam mendakap bumi. Dia merasa sunyi, sedih dan gelisah apabila melihat beberapa pasangan muda lalu lalang di hadapannya berpegangan tangan. Pandangannya jadi suram, seiring jatuhnya titisan air hujan di atas cermin hadapan kereta, jatuh juga air matanya yang tergenang di pelupuk mata yang tidak mampu lagi membendung alirannya.

Dadanya rasa sesak dipukul soalan-soalan yang tidak kunjung ditemui jawapannya. Mengapa setiap tahun aku hanya diizinkan Allah Taala merasai gementar saja menunggu surprise romantik daripadanya. Tapi semua itu berlalu tanpa ada apa-apa, mengalir begitu saja seperti aliran air sungai yang tidak peduli perlawanan enjin sampan-sampan comel yang dihiasi berwarna-warni menyeberangi ke sana ke mari. Selama sepuluh tahun aku mencintai lelaki yang seolah-olah tidak mencintai aku. Ish… kalau tidak cinta, kenapa kami ada lima orang anak?

Mengapa sikapnya begitu dingin apabila tiba bulan Disember, takkan kerana musim hujan, kot? Padahal dia tahu akhir Disember adalah hari jadi perkahwinan kami. Mungkin juga hujung tahun banyak kerja yang berganda-ganda beratnya. Makin kuat kerja makin banyaklah duit suamiku, tengoklah beberapa harta yang mampu dimilikinya. Ah, buat apa kaya kalau hati merana? Astagfirullah… mengapa aku menjadi kufur nikmat?! Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, “Kebanyakkan wanita masuk neraka adalah kerana tidak berterima kasih kepada suaminya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa aku mempermainkan perasaan dengan rasa tidak puas hati kepada suami? Bukankah dia yang menjaga makan minum kami sekeluarga sementara ramai perempuan yang tidak terbela hidup mereka. Yang menjadi mangsa bukan sedikit, yang tidak diberi nafkah, yang diseksa dengan kekejaman dan keganasan. Semestinya aku bersyukur kerana mendapat suami yang bertanggungjawab, walaupun dia bukan dari spesies romantik. Kalau romantik berlebihanpun susah juga. Boleh saja wanita-wanita lain tergila-gilakannya dengan sifat romantiknya itu. Bukankah lelaki yang baik hati lebih mengancam? Tidak kiralah beristeri ataupun belum.

Didikan cinta

Tapi bukankah Rasulullah SAW juga menyuruh para suami untuk menggauli isteri mereka dengan romantik, sehingga Rasulullah SAW sendiri apabila mahu keluar solat ke masjid selalunya baginda mencium isterinya terlebih dahulu? (Hadis riwayat Abu Daud) hadis ini telah menjadi hujah ulama yang menyatakan boleh menyentuh isteri dan ia tidak membatalkan wuduk. Kalau anda pernah merasai seperti mana yang ibu muda ini rasai, janganlah bersedih. Bawa bertenang, enjoy dan releks hadapi apa jua masalah. Jawapan di atas keperitan yang anda rasai ini senang saja.

Pertama, biasanya (ini merupakan rahsia para suami, biar saya beritahu anda) suami sengaja buat tidak tahu kepada isterinya untuk melihat adakah isterinya itu eka dan mahu memulai dahulu melakukan perkara-perkara romantik yuang boleh dinikmati berdua.

Kedua, dia mahu mendidik anda menjadi isteri yang boleh berdikari. Lelaki mempunyai perwatakan tegas, berwibawa dan tinggi maruahnya haram mempamerkan gaya romantik dalam mempergauli isteri. Dia beranggapan bahawa istei perlu dididiksecara tegas supaya dia boleh berdikari. Kemesraan dan perhatian yang berlebih-lebihan terhadap isteri boleh membuat isteri menjadi congeng dan lebik. Baginya perempuan mesti bertanggungjawab sama seperti lelaki.

Ketiga, romantik seolah-olah membawa makna harus menjadi lelaki lembut. Tentu para suami geli dan rasa bodoh menggayakan sikap yang bukan daripada sikap aslinya.

Jadi buat apa anda pening kepala memikirkan bagaimana membuat suami menjadi romantik?

Sebenarnya, isteri lebih sesuai memberi contoh teladan gaya paling romantik. Walaupun suami tidak peduli, teruskan saja menyentuhnya dan memberi perhatian dan layanan yang terbaik, kerana sikap anda adalah proses ‘didikan cinta’ untuk suami anda. Kalau anda memberi, pasti dia akan membalas lebih hebat lagi. Percayalah!

Artikel ini dipetik dari Blog BawangGoreng


Klik SINI untuk baca sampai habis...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP