Skip to main content

Update Hari Ini

Hari ni ibu tak puasa, hope boleh makan bihun sup ada orang janji nak belanja

Siapa yang nak dapatkan Bag Keychain yang CUTE, boleh tengok [sini] mana tahu jadi rezeki anda.

Pagi ni plannya nak masak Kuew Teau Goreng, plan tu sebab masa tulis ni belum buat lagi. Hari ni ke sekolah Hakim ada sesi menandatangani buku rekod anak, berdebar ibu nak tengok markah exam separuh tahun hakim bersekolah. Bila tengok hakim sudah kenal huruf-huruf, sudah boleh menulis dengan baik dan sudah boleh sebut sukukata yang senang pun ibu dah bersyukur, dapat nombor berapa dalam kelas tu cuma persaingan yang sihat.

Ibu ada juga janji jika markahnya baik, ibu nak belikan jam tangan, sudah lama hakim minta selepas dia dah pandai tengok jam. InsyaAllah kita beli nanti yer...

Lepas dah setel kat sekolah hakim, ibu nak tengok baju kurung yang akan siap sepenuhnya dalam minggu depan. Harap semunya berjalan lancar, pada yang berminat nak berniaga baju kurung pesak gantung kanak-kanak 1 hingga 8 tahun boeh email ibu yer. Mana tahu mungkin ini permulaan kepada cita-cita anda untuk bekerja di rumah?

Bila ibu sibuk menulis alamat untuk pengeposan (hope nanti ibu cuma tekan enter saja untuk print), Aiesyah juga ada aktiviti sendiri


Sempat dia capai marker dan lukis macam-macam, walaupun kidal tapi lukisan Aiesyah cantikkan? Ini belum lagi ibu snap gambar pokok bunga yang dilukis di dinding

Cukup setakat ini dulu, InsyaAllah ibu akan terjah blog-blog yang join Comellote Giveaway dalam masa terdekat, jangan lupa buat semua syarat yer....

Notakaki: lupa nak schedule, patutnya pagi tadi... huhu takper kan?

Comments

  1. hehe..saya pun terkena..entry baru siap smlm tp lupa edit posting datenya. Act dah karang sejak 2 minggu lepas cuma tak complete..hari buka blog heran knape takder..rupanya dlm bulan jun..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.