Jan 24, 2013

Siri Cepat Membaca: Set Buku Adik Mari Baca


Ibu pernah kongsikan tentang Teknik Cepat Membaca di dalam blog ini pada 2011, entri ini menjadi entri yang paling popular di dalam blog ibu ini. Kebanyakan pelawat adalah daripada google dan yahoo. Perkongsian ibu semasa mengajarkan anak sulung membaca hampir 2 tahun lepas rupanya menjadi panduan untuk ibu-ibu lain mengajarkan anak mereka membaca.

Ramai yang bertanya tentang Buku Adik Mari Baca, tadi ibu bertemu dengan pembekal dan pengeluar Buku Adik Mari Baca ini. Hasil perbincangan, mereka bersetuju melantik ibu menjadi agen buku mereka secara online. Jadi InsyaaAllah ibu akan membantu kalian yang ingin mendapatkan Set buku Adik Mari Baca.

Buku Adik Mari Baca mengandungi 4 buah buku bacaan dan 1 buku menulis (digunakan akhir sekali)


Set Terkini Buku Adik Mari Baca


Gambar menunjukkan Set Buku Adik Mari Baca versi pertama, sekarang sudah versi ke-3. Terdapat perubahan pada cover buku dan sedikit perubahan perkataan di dalam buku.

Set Buku Adik Mari Baca berharga RM30
Caj penghantaran RM7 Semenanjung dan RM10 Sabah/Sarawak/Langkawi.

Mohon SMS ibu di 013-2821450 untuk mendapatkan Set buku ini. Maklumat lanjut tentang buku boleh baca di entri ini.

Salam Maulidur Rasul untuk semua.
http://tintacomellote.blogspot.com/2011/12/teknik-cepat-membaca-cara-mudah.html

========================================================================

Bagaiman Mengajar Anak Menggunakan Buku Adik Mari Baca?


Anak tidak perlu diperkenalkan dengan nama-nama huruf serta tidak mengeja suku kata, perkataan atau ayat kerana cara buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik.

Sebutkan sahaja bunyi a seperti api atau ada
Bunyi i seperti itu atau ikan
Bunyi u seperti ulat atau ubat

Bunyi a disebut dengan membuka mulut, bunyi i dengan mulut kelihatan seperti senyum dan bunyi u perlu memuncungkan sedikit mulut.

Sebutan fonik setiap huruf ada dinyatakan di muka surat terakhir buku ini.

Kaedah fonetik amat berkesan dan merupakan kaedah terbaik dalam mempercepat dan menguatkan proses ingatan. Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak akan terlebih dahulu mengeja untuk menghasilkan bunyi sesuatu sukukata.

Penggunaan 2 warna merupakan cara yang sangat sesuai dalam melancarkan penguasaan bacaan kanak-kanak. Sukukata akan dapat dibezakan dengan cepat dan mudah semasa membaca. Sukukata pendek dengan bacaan berirama juga dapat membantu mempercepatkan daya ingatan kanak-kanak serta menanam keyakinan kanak-kanak terhadap penguasaan bacaannya tanpa membebankannya.


Pastikan suasana sewaktu membaca riang dan gembira serta tiada gangguan TV dan sebagainya. Latih kanak-kanak membaca dari sebelah kiri. Gabungkan bunyi sukukata dan gunakan jari anda untuk menunjukkan apa yang dibaca.

Buku 1 hingga 3 tidak menggunakan huruf besar, penggunaan huruf besar akan diperkenalkan secara tidak langsung dalam Buku 4.

Bacalah untuk anak dengan sebutan baku dan intonasi yang baik dan sentiasa memuji, dan sebagainya apabila anak-anak berjaya membaca sesuatu suku kata, perkataan dan seterusnya. Beri peluang jika anak-anak tersebut lambat menguasai kemahiran. Elakkan dari memarahi, menghina, membandingkan dengan anak-anak lain. Pastikan mereka sentiasa tenang dan periang.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga penting dalam proses kemahiran membaca. Aktiviti yang boleh dilakukan diantaranya mengaitkan bunyi-bunyi huruf dengan bunyi-bunyi di sekeliling kita, mewarnakan huruf, bermain permainan perkataan seperti Sahibba, permainan memori, memancing huruf dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails