Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Menerangkan Apabila Anak Bertanya

Saya mahu kongsikan sesuatu yang berlaku semalam di antara saya dan dua anak, 6 dan 8 tahun. Kami keluar membeli sedikit barang di pasaraya kecil berhampiran. Semasa mengambil mandian untuk bayi, anak lelaki 6 tahun berkata, "Umar mahu mandian ini, boleh?" Anak perempuan 8 tahun pula mengambil satu mandian lagi dan berkata, "Aiesyah mahu yang ini, boleh?" Ibu menggelengkan kepala. Mereka serentak berkata dengan nada memujuk, "Ala, boleh lah ibu." Ibu bawa kedua anak ini ke bahagian rak yang dipenuhi mandian jenama biasa. "Em, kita beli yang ini, 2Liter harganya baru RM8.90. Cuba lihat harga mandian yang Umar dan Aiesyah ambil, berapa harganya?" Aiesyah meneliti botol mandian dan berkata, "RM7.90. Umar punya RM6.90." Saya menduga dengan bertanya, "Jadi bagaimana sekarang?" Kedua mereka memeluk erat mandian yang telah masing-masing pilih. Baik. Kami ke kaunter bayaran. Pulang ke rumah, saya membuka Buku Belanja

Permainan Bahasa Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Mahukah Puan saya kongsikan satu cara mudah untuk bergembira dengan anak-anak? Kad Imbas Bergambar ini saya beli 2 tahun lepas. Waktu itu saya hanya menceritakan kepada anak-anak pelajar tentang kisah Si Ayam berdasarkan gambar pada kad. Ia habis di situ. Tidak banyak idea untuk menggunakan kad imbas ini. Selepas menghadiri bengkel Berfikir Aras Tinggi beberapa bulan lepas, serta sesi perjumpaan dengan guru yang mengamalkan kaedah HOTS ini, idea menggunakannya semakin berkembang. Rupa-rupanya satu produk Kad Imbas Bergambar ini boleh dipelbagaikan permainan. Sebagai contoh, permainan bahasa, permainan bercerita mengikut imaginasi sendiri, mereka cerita selepas dan sebagainya. Kali ini saya kongsikan permainan perkembangan bahasa yang saya pernah lakukan bersama anak 6 dan 8 tahun. Bagaimana permainannya? 1. Pilih satu kad dan letakkan di atas meja. 2. Minta anak perhatikan gambar betul-betul 3. Sebutkan ap

Menolak Permintaan Anak Menggunakan Ayat Tawaran

Cerita 3 ekor biri Pulang dari bengkel Ahad lepas, Umar menangis sambil menghentak-hentakkan kaki ke lantai. Saya bertanya,"Apakah yang membuatkan Umar menangis?" Kata Umar "Nak telefon" Saya memegang kepalanya sambil ligat memikirkan apakah pilihan yang saya ada untuk memujuk. Saya teringat beberapa helai kertas berwarna hijau dan hitam yang ada di dalam beg sandang belakang. Saya menggunakan ayat tawaran "Mahukah Umar belajar membuat biri-biri dan katak?"  Saya bertanya lagi selepas Umar menganggukkan kepala. "Mahu buat biri-biri dahulu atau katak?" Memujuk anak melupakan gajet hanya dengan kertas, gunting dan gam.  Malam itu juga Umar melekatkan 3 ekor biri-biri di satu sudut khas dinding. Sengaja saya membiarkan 3 ekor biri-biri tidak melekat dengan kuat supaya anak akan menggerakkan sambil bercerita. Semalam  sudah ada tambahan rumput dan air yang anak-anak tampal sendiri. ------------------

Bengkel Kreatif HOTS (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Saya dapati kanak-kanak berusia 3 - 12 tahun suka apabila kita membacakan buku cerita bergambar dengan gaya HOTs. Apa itu HOTS? Kemahiran dan respon kita bertanya dan bertindakbalas dengan soalan yang merangsang daya fikir anak-anak. Bagaimana kita bertanya dan bertindak balas sebelum, semasa dan selepas bercerita banyak memberi kesan. Ia satu cara menanam nilai dan menajam persepsi kanak-kanak. Kesan amalan HOTS kepada kanak-kanak: - kanak-kanak berfikir - kanak-kanak menerbit idea - kanak-kanak berupaya menyelesaikan masalah dengan cara mereka. Peranan ibubapa sebagai pembimbing, pendorong, pemudahcara dengan memberi input-input bermakna kepada anak-anak. - Puan Fatimah Haslina EduModule dengan kerjasama Puan Fatimah Haslina akan mengadakan satu bengkel kreatif HOTS pada 29 Mac ini. Objektif utama bengkel untuk memperkenalkan teknik HOTs ini kepada ibubapa dan bagaimana guru dan ibubapa boleh menggunakan beberapa teknik untuk merangsang kemahiran berfikir anak-anak. Pe