Skip to main content

Apa Yang Best Tentang Siri Cepat Membaca Adik Bijak Baca?

Adik Bijak Baca adalah buku edisi kemaskini daripada Adik Mari Baca dan Pandainya Adik Baca.

Asal usul buku Adik Bijak Baca ada ibu ceritakan di sini.


Mari kita lihat 5 keistimewaan buku Adik Bijak Baca:

1. Hanya 4 Buku Bacaan

Mudahkan proses membaca supaya anak tidak bosan.
Adik Bijak Baca hanya mengandungi 4 buku sahaja.

Buku 1 pelajar sudah boleh mengusai dua suku kata kv dari konsonan b sehingga z.


2. Hanya 1 Halaman Setiap Hari, 5 Minit Setiap Sesi


Bagi menjadikan sesi bacaan efektif. Hanya peruntukkan 5 minit setiap sesi dengan 1 halaman sahaja setiap sesi.

Dengan cara ini, guru dapat mengajar secara berpusat sebelum one-to-one dengan pelajar.


3. Mengandungi Perkataan Beritma, Pantun Dan Teka Teki

Banyak pantun dimasukkan ke dalam buku Adik Bijak Baca.
Selain menjadikan proses bacaan menyeronokkan, ini bagi meningkatkan akal budi anak kecil dengan pantun nasihat.

Menggunakan perkataan berulang dan beritma memudahkan anak membaca.


4. Buku Panduan & Rekod Bacaan Disertakan

Buku Panduan disediakan bagi memudahkan ibu bapa atau pendidik. Tip bacaan juga disediakan supaya anak dapat membaca dalam suasana yang tenang dan menggembirakan.

Pendidik dilarang memaksa, memerli atau memarahi anak pelajar sewaktu sesi dijalankan.

Banyakkan memuji prestasi bacaan pelajar.

Rekod Bacaan disediakan bagi memudahkan guru menyemak setakat mana pencapaian pelajar.
Ini juga bagi memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan pendidik.


5. Sijil Tamat Membaca!

Sebagai anak, dorongan instrinsik akan menjadikan sesi bacaan lebih bermakna.

Sijil ringkas disediakan bagi meraikan kanak-kanak yang mencapai kejayaan menghabiskan bacaan sehingga buku 4.

Ini secara tidak langsung akan menaikkan estim diri pelajar dan mendorong kanak-kanak lain mengikuti jejak langkah kawannya yang telah selesai bacaan.



Buku ini dijual secara online di EduMall.Com.My boleh dapatkan terus di sana.

Ada masa pihak Edumall mengadakan jualan promosi.


Sekiranya mahu belian secara personal boleh klik pada link WASAP ini.



Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.