Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Cerita Hati Seorang Ibu

Terharu hati ibu ini bila anak berkata "ibu takyah lah kerja, ibu duk rumah jer...." Duhai anakku, sekiranya engkau tahu...... Jika diizinkan Tuhan ibu memang hanya ingin bersamamu, menyediakan sarapan buat anak-anak sebelum ke sekolah setiap hari, menyediakan pakaian dan kelengkapanmu sebelum engkau ke sekolah, melambaikan tangan semasa engkau berjalan ke sekolah..... Menyediakan lauk pauk yang enak dari air tangan sendiri supaya engkau ingat makanan yang lazat ini sehingga engkau besar, menyambut mesra kepulangan tatkala engkau menyeru "ibu...ibu" sebaik sampai di rumah, akan ku cium pipi dan dahimu wahai anakku. Alangkah indahnya jika ia berulang setiap hari...... InsyaAllah masanya akan tiba suatu hari nanti wahai anakku....

Lumayan Atau Tidak Bekerja di Rumah?

Assalamualaikum... Masa berlalu dengan sangat pantas, 2011 sudah hampir 1/4 dilalui... Macamana dengan tahun ini adakah lebih baik dari tahun sebelumnya atau tiada apa yang berubah? Bekerja di rumah mungkin antara perancangan bagi sesetengah ibu di luar sana untuk lebih masa bersama keluarga. Tidak dinafikan faktor ekonomi menjadikan ramai ibu-ibu yang terpaksa melupakan niat untuk bekerja di rumah. Bekerja di rumah juga ada cabaran yang tersendiri dan kadang kala cabaran bekerja di rumah lebih rumit dari bekerja di pejabat. Buat lah perancangan awal seperti memulakan secara separuh masa, dihujung minggu atau ambil cuti untuk mencubanya. Ramai yang pelik apabila ibu maklumkan sebab berhenti kerja untuk lebih masa berada di rumah dan kebanyakannya bertanya "Lumayan kah hanya dengan bekerja di rumah?" Ibu hanya tersenyum dan menganggap itu salah satu daripada cabarannya. Wahai ibu-ibu yang sanggup meninggalkan kerjaya demi keluarga ingatlah bahawa walau mungkin pendap...

Bila Lama Tak Update Blog

Tangan kaku tidak tahu apa yang hendak ditaip Mata pejam celik pejam celik memandang skrin Otak ligat berputar mencari idea.... apa yang hendak ditulis? Memang sudah kaku :) jangan dihitung berapa lama ibu tidak update blog sebab memang dah lama :D Sudah hampir sebulan kami pindah di rumah baru dan sebab itu talian internet terputus kerana rumah baru tiada line telefon juga streamyx. Ibu ada gunakan Digi Broadband tapi alahai faham-faham lar, jangan kata 3G, Edge pun tak nampak batang hidung. Alhamdulillah dapat online dengan jayanya selepas subscribe Celcom Broadband dengan menggunakan modem yang sama. Digi Broadband ibu perlu bayar RM70 sebulan, guna atau tidak itu belakang cerita, kerana setiap bulan mahu atau tidak tetap juga kena bayar RM70. Dengan celcom Broadband ibu jimat RM2 :) RM68 sebulan. Oh bukan itu sahaja ibu juga jimat RM110 sebab sudah terminate line streamyx, dan dengan rasminya ibu tiada talian fax di rumah :( Ibu juga gunakan mobile data dengan bayaran RM68...