Skip to main content

Posts

Showing posts with the label :: BUKU

Ajar Anak Membaca Kaedah Sukukata: Buku Pandainya Adik Baca

Mengajar anak membaca perlu pelbagaikan teknik. Setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Buku adalah sebagai alat bantu mengajar seperti juga kad imbas. Bagi anak yang sukar untuk menggabung bunyi menggunakan kaedah fonik, boleh cuba kaedah sukukata. Ia sama seperti mengajar anak mengaji menggunakan kaedah iqra'. Terus sebutkan bunyi tanpa perlu eja atau sebutkan huruf. ba ca da ha ga dan seterusnya. Mengajar anak membunyikan sukukata tidak perlu mengikut susunan huruf. Perhatikan anak yang baru pandai menyebut dan membunyikan suara. Antara bunyi yang mudah diikut adalah 'a' 'ma' 'ba' 'ta'. Ajar anak membunyikan perkataan walaupun anak masih belum boleh menyebut dengan betul. Bacakan anak buku cerita walaupun anak masih belum pandai membaca. Buku Pandainya Adik Baca ini menggunakan teknik sukukata. Fonik hanya diajarkan semasa kvk. Set PAB ini mengandungi 4 buku. Buku 1 dan 2 hanyalah kv sahaja. Buku 3 barulah diperkenalkan ...

Lepas Makan Tosei, Anak Ucapkan Kata-Kata Yang Menyebabkan Air Mata Saya Menitik

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Tidak pernah terlintas di fikiran saya, hanya kerana sekeping tosei dan sebuah buku, anak-anak begitu menghargainya. Ikuti pengalaman yang berharga ini... Khamis lepas, saya membawa pulang sebuah buku aktiviti berkaitan negara Malaysia. Sejurus selepas saya memberikan buku tersebut, anak-anak tidak sabar untuk membuat aktiviti di dalamnya. Sampai di mukasurat berkenaan makanan tradisi kaum di Malaysia, anak perempuan 8 tahun bertanya kepada saya sambil menunjukkan jari telunjuk ke tempat tersebut,  "Ibu, tosei ni macamana?"  Saya yang sudah lama tidak menikmati tosei menjawab spontan, "Tosei adalah makanan India"  Anak bertanya lagi,"Boleh ke kita  makan?"  "Boleh, ibu sudah lama tidak makan tosei, apakata hari minggu ini kita makan tosei?" Anak-anak bersorak keriangan. Hari Ahad ada ujian kemasukan ke sekolah rendah untuk anak lelaki 6 tahun. Kami ke Gombak hari tu. Selepas ujian s...

Kit Malaysiaku untuk Kanak-Kanak

Mencintai bermula dengan mengenali Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bagaimana untuk memupuk rasa cinta kanak-kanak kepada Malaysia, tanah air yang tercinta ini? Inilah matlamat utama semasa proses memerah idea untuk menghasilkan Kit Malaysiaku. Supaya menanam kecintaan kanak-kanak kepada negara bermula dengan aktiviti mengenali negara ini. Idea aktiviti di dalam kit ini ditulis sendiri oleh guru-guru tadika yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti kraf, permainan, literasi, membuat projek dan pelbagai lagi. Antara kandungan Kit Malaysiaku, selain mengenali negeri yang terdapat di dalam negara, kanak-kanak belajar tentang kaum, matawang, permainan tradisional, makanan, bunga kebangsaan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai panduan aktiviti seni kraf dan projek yang boleh dijalankan secara itndividu atau berkumpulan di rumah, tadika atau sekolah. Antaranya membuat apron jalur gemilang, memasak makanan tradisional, mem...

Ajar Anak Cepat Membaca Dengan Kaedah Fonik

Hasrat untuk menulis entri yang lebih bermanfaat kepada umum sangat tinggi terutama bidang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah. Saya percaya ibu adalah guru terbaik kepada anak-anak kerana seorang ibu lebih memahami watak dan sikap anak berbanding guru luar. Alhamdulillah sejak ibu berkongsi tentang teknik cepat membaca di blog ini hampir 3 tahun lalu, hampir setiap hari ibu menerima sms atau email bertanyakan tentang buku tersebut. Pembelajaran bukan bergantung sepenuhnya kepada bahan (buku), cara atau kaedah yang betul juga memainkan peranan.  Teknik fonik semakin popular di negara ini, walaupun ianya telah lama digunakan di negara luar. Menggunakan kaedah fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan menulis tanpa mengeja. Cara mudah untuk mengenal kaedah fonik adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf 'a' disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf 'b' di...

Teladan Dari Kisah Upin Ipin

10 Julai 2013 | 9:43pm 2 Ramadhan 1434 Anak-anak pasti teruja dengan watak Upin Ipin seperti kawan rapat mereka. Watak yang hidup dan berjaya memikat hati anak-anak kecil hinggalah dewasa. Upin Ipin 2 adik beradik kembar yatim piatu yang tinggal bersama nenek dan kakaknya. 2 beradik yang sentiasa ceria dan gembira. Banyak teladan yang dapat diajarkan kepada anak menerusi kisah Upin Ipin.  Anak-anak terus mahu puasa selepas melihat siri 1 kisah 2 kembar ini mula-mula berpuasa, Alhamdulillah terus puasa penuh walaupun baru tadika. Ada juga diajarkan lafaz niat puasa di dalamnya. Anak-anak mudah menghafal skrip termasuk lafaz niat tersebut.  Baguskan jika siri sebegini dekat dengan hati anak-anak, mudah kerja ibubapa. Walaupun Aiesyah belum lagi dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya dia teruja untuk bersahur dan berpuasa. Ini adalah tahun pertama kami latih Aiesyah berpuasa. Hakim hari ini Alhamdulillah kelihatan mudah walaupun tidur hampir 3 jam selep...

Buku: Ajar Anak Kecil Membaca Awal

Anak-anak sekarang lebih 'advance'! Ramai yang berkata begitu. Lihat saja cara anak bercakap, cara mereka berkawan, berfikir tentang sesuatu, dan banyak lagi. Anak-anak sekarang terdedah dengan sumber lebih awal, seperti mula diperkenalkan dengan bacaan al-Quran dan diajar membaca seawal usia dalam kandungan lagi. Ini menunjukkan betapa 'advance' ibubapa muda sekarang menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak mereka. Sesuatu yang boleh ibu banggakan! Sungguh ibu kagum dengan usaha dan keprihatinan ibubapa muda sekarang ini apabila menyentuh soal pendidikan awal anak-anak. Rata-rata anak yang diajarkan oleh ibubapa sendiri di rumah secara konsisten telah mula dapat membaca sebelum usia 4 tahun. Adik Nurani pada usia 3 tahun 8 bulan sudah membaca Buku 8 dari Buku Bacalah Anakku. Video adik Nurani membaca boleh lihat di sini Ibu mana yang tidak gembira bila anak sudah pandai membaca sebelum masuk tadika. Namun begitu, ramai juga ibubapa yang menyat...

Bagaimana Mengajar Anak Membaca Menggunakan Buku Adik Mari Baca

Anak tidak perlu diperkenalkan dengan nama-nama huruf serta tidak mengeja suku kata, perkataan atau ayat kerana cara buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik. Sebutkan sahaja bunyi a seperti a pi atau a da Bunyi i seperti i tu atau i kan Bunyi u seperti u lat atau u bat Bunyi a disebut dengan membuka mulut, bunyi i dengan mulut kelihatan seperti senyum dan bunyi u perlu memuncungkan sedikit mulut. Sebutan fonik setiap huruf ada dinyatakan di muka surat terakhir buku ini. Kaedah fonetik amat berkesan dan merupakan kaedah terbaik dalam mempercepat dan menguatkan proses ingatan. Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak akan terlebih dahulu mengeja untuk menghasilkan bunyi sesuatu sukukata. Penggunaan 2 warna merupakan cara yang sangat sesuai dalam melancarkan penguasaan bacaan kanak-kanak. Sukukata akan dapat dibezakan dengan cepat dan mudah semasa membaca. Sukukata pendek dengan bacaan berirama juga dapat membantu mempercepatkan daya ingatan kanak-ka...

Kisah Raja Terputus Jari: Hikmah Di Setiap Ujian

Hari ini cuaca cukup cerah, nyaman dan segar. Selamat pagi Isnin buat semua, ibu doakan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Ibu ingin sekali kongsikan cerita ini yang ibu baca dari buku hasil tulisan saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris . Pada suatu hari, raja itu cuba menyelami suka duka rakyatnya dengan melakukan kerja tukang kayu menggunakan gergaji, paku, pahat, dan penukul. Oleh kerana tidak biasa dengan kerja begitu, kemalangan telah berlaku dan sebatang jari raja terputus dan tidak dapat disambung kembali. Penasihat raja datang melawat dan menasihati raja supaya bersabar. Penasihat raja menyatakan kejadian itu ada hikmahnya. Akibat terlalu marah, sang raja memecat penasihatnya serta-merta. Beberapa bulan kemudian, sang raja pergi mengembara di hutan untuk menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan raja dan pengikutnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.

Indahnya Hidup Bersyariat: Fardhu Ain

Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas, syukur dikurniakan keluarga yang penyayang, memahami dan bertanggungjawab. Suami dan anak-anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Ibu petik kata-kata Prof Dr Muhaya, hargai masa sekarang, orang yang berada di depan kita sekarang. Ibu belek buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus... sudah lama beli baru sekarang belek dan baca-baca. Banyak panduan asas fardhu ain di dalamnya. Doa-doa yang ringkas tapi dipandang enteng kebanyakan kita (termasuk yang tulis ni) sedangkan doa itu adalah perkara kecil yang besar kesannya. Contoh ringkas doa ketika wudhu' semasa membasuh muka, baca doa ini; "Ya Allah putihkan mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau" Nampak sangat senang, tapi bila dihayati bait-bait doa, mendalam maksudnya.... semoga Allah menjadikan muka-muka orang yang berwudhu...

Cara Ibu Boost Motivasi Diri

Hidup ini perlu kepada motivasi, yer sangat-sangat perlu. Jika ada saat-saat getir atau merasa 'down' biarlah cuma 5-10 minit sahaja, lupakan sebab dunia ini masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Ibu gemar membaca untuk 'up' motivasi dalam diri, tidak mahu perkara yang biasa menjadi tabiat yang semakin sukar untuk dihindari. Antara buku motivasi diri yang ibu ada Dare To Fail , Formula Individu Cemerlang , Minda Super , La Tahzan atau Jangan Bersedih dan banyak lagi. Jika dulu ibu suka baca buku tulisan Dr. HM Tuah banyak juga yang ada dalam simpanan semua tersimpan dalam kotak, ibu nak susun koleksi buku-buku ini elok-elok di rak rumah baru nanti. Semalam ibu sempat beli 3 lagi buku motivasi diri ini;   Dengan membaca ibu boleh dapat maklumat dan kembali positif, ibu pegang kepada kata-kata; 'Kita boleh lakukan sesuatu jika minda berkata boleh walaupun ianya mustahil' Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita betul-betul berkehendak kepada...

Fatimah: Anak Kesayangan Rasulullah

Bismillah, Sebagai wanita muslimah, kita perlu mencontohi wanita unggul di zaman Rasulullah S.A.W, walaupun jarak masa yang sangat jauh untuk kita mendekati wanita-wanita tersebut, dengan adanya buku seperti Aisyah: Keanggunan Sejati atau Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi , sedikit sebanyak membuatkan kita berada di zaman wanita unggul tersebut dan mengenali mereka. Seperti buku Aisyah: Keanggunan Sejati sangat-sangat saya galakkan anda membacanya jika ingin mengenali dengan lebih rapat isteri kesayangan Rasulullah ini. Saya sudah jatuh cinta dengan buku ini kerana setiap inci cerita diselitkan dan dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan. Sedikit kisah Fatimah yang diceritakan oleh Aisyah: Aisyah turut menyatakan, "Tiada seorang pun yang lebih mirip Nabi Muhammad daripada Fatimah binti Rasulullah dalam perkara berkaitan sifat, sikap, dan tingkah laku semasa duduk ataupun berdiri. Apabila Fatimah datang kepada Nabi Muhammad, beliau akan berdiri dan ...

Gambar Sekitar Pesta Buku (PBAKL)

Entry ini sudah agak terlewat dari tarikh asal, tapi tidak mengapalah, mungkin ada yang belum sempat nak melihat keadaan di sekitar PBAKL pada yang tinggal jauh dari KL. Kami pun bukanlah dekat mana pun perjalanan makan masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke PWTC, memandangkan acara sekali setahun dan buku yang ditawarkan sudah pasti lebih murah daripada harga yang dijual di kedai buku. Mula-mula nak masuk jer, ibu dah risau melihat keadaan rakyat jelata yang ramai, anak-anak pimpin tangan ibu dan abah yer... (Hakim ikut bontot abah :D ) Buku yang pertama kami beli, dah lama pun nak beli Buku Indahnya Hidup Bersyariat , kalau kat kedai harga RM55 tapi kat PBAKL kami dapat RM48 jer.. Setiap gerai yang dikunjungi past Hakim mengintai buku yang diminatinya, setiap booth yang kami singgah Hakim pasti nakkan buku, sabar2 kita baru jer masuk ni banyak lagi buku hakim kat sana nun, sinun, situ, sana... huh Persembahan daripada kanak-kanak riang..... Booth Les Copaque menjadi tumpuan, i...

Pencinta Buku & Majalah

Jika tiada apa-apa perancangan hujung minggu ini, apa kata bawa keluarga ke 2 karnival buku yang di adakan di Shah Alam. 1. Karnival MPH 2. Karnival Karangkraf   Click image for bigger view Jumpa di sana.... :D