Skip to main content

Kenali Wan Anie

Mesra dengan panggilan Wan, Anie atau WanR
Isteri kepada Tuan Anuar dan ibu kepada 6 orang cahaya mata hebat dan soleh.

Mula berblog sejak 2009
Blog adalah medium untuk berkongsi idea atau cetusan buah fikiran berdasarkan pengalaman sendiri melalui pembacaan, seminar, perbualan dengan sahabat. Dari blog ibu mendapat ramai kawan dan membina persahabatan ukhuwah sesama Muslim juga bukan Muslim.

Minat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Berkongsi pengalaman membesarkan 6 orang anak (1 - 16 tahun).

Mendapat pendidikan awal di Besut dan pendidikan menengah di sekolah asrama penuh di Kuala Terengganu. Matrikulasi di Mengabang Telipot dan meneruskan pendidikan dalam bidang kejuruteraan di universiti tempatan di Serdang.

Memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada awal  2002. 4 Tahun berikutnya dalam bidang IT (Networking) sebagai Pegawai Teknologi Maklumat dan 2 tahun selepas itu sebagai Jurutera Rangkaian.

Mencari dan terus mencari ilmu Allah terutama yang berkaitan bidang pendidikan kanak-kanak, keusahawanan dan ilmu melengkapkan diri untuk menemui Nya suatu hari yang pasti.

Bermula Sept 2014 sehingga sekarang, saya adalah antara Tim yang menguruskan operasi penyediaan dan pembangunan modul-modul berkaitan pendidikan. Saya gembira berjumpa dan mahu berkenalan dengan Tuan dan Puan yang mempunyai modul-modul menarik untuk dikongsikan dengan kami.

Sejak 2017 hingga sekarang, mula berjinak dengan dunia emas sebagai salah satu alternatif simpanan. Jun 2020 menjadi Authorized Dealer Public Gold (PG00108170).

Mahu menyebarkan banyak ilmu tentang kewangan dan emas khususnya kepada semua di blog Nota Emas WanR, Insya-Allah. 

Email saya: wanrohani.ismail[at]gmail.com

Alhamdulillah, Thank You ALLAH for everything!

Wan Anie
Jumpa saya di Muka Buku :)

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...