5 hari lagi PRU-13 seluruh rakyat Malaysia akan mengundi mencari kepimpinan baru di dalam negara Malaysia tercinta ini. Undi pos dan undi tidak hadir telah pun berjalan, rakan-rakan yang tinggal di luar negara nampaknya sudah update status telah mengundi. Kita yang mengundi secara normal ini sudah tidak sabar rasanya untuk memangkah calon pilihan. Ini adalah kali ke-3 ibu mengundi, teruja untuk balik kampung dan mengundi sudah terasa..... jika ada ibu-ibu yang pertama kali mengundi itu agaknya lebih lagi keterujaannya! Apa yang seronoknya mengundi? 1. Perang Poster/Bendera Jalanraya, jejantas, tiang elektrik, bangunan, semuanya penuh dengan bendera pelbagai parti bertanding Uniknya ada pelbagai bentuk bendera dikibarkan, yang ibu pernah lihat di fb kapal terbang, kereta yang dihiasi bendera dan warna parti, pakaian ultraman (ini ibu lihat semasa hari penamaan calon), wau bulan (ada di kawasan berdekatan tempat tinggal ibu) dan macam-macam lagi. 2. Pelbagai ...