Selamat datang Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. Hari demi hari dirasakan sangat pantas, hari ini sudah masuk hari ke-11 puasa. Terasa sangat pantas masa berlalu. Tambahan di bulan puasa masa sangat terhad, kalau boleh hendak penuhkan masa terluang dengan bertadarus dan perkara yang lebih baik. Bagaimana untuk menjadi insan yang lebih baik? Begitu juga dengan ibadah puasa dan solat terawih, sempat ibu ke masjid menunaikan solat terawih dengan anak-anak. Tapi begitu lah gaya anak-anak berlari dan bermain sesama rakan sebaya mereka ketika jemaah sedang solat. Umar sangat senang diuruskan, bermain setempat dan duduk menantikan ibu solat untuk mendapat upah :) Jika solat di rumah, anak-anak (Umar dan Aiesyah) menyanyi pula di tepi, bagaimana? Hakim akan ikut abah ke masjid, tapi itulah jika solat Isya' dan terawih semuanya 15 rakaat Hakim solat yang wajib Isya' sahaja :) itu lebih baik daripada hakim hanya di rumah dan tidak s...