Apabila malam, badan mula lesu, terasa mahu baring sahaja. Apakan daya kadangkala anak kecil perlukan perhatian. Alangkah beruntungnya apabila anak kecil merengek, anak yang lebih besar menawarkan diri untuk membantu. "Ammar menangis ibu" "Ammar sudah mengantuk tu, dia hendak susu" "Biar Aiesyah buatkan susu untuk Ammar" Aiesyah ke dapur, menyiapkan susu adik Ammar seperti biasa. Sudah hafal sukatan air panas, susu dan air kosong. Selepas itu, disuakan susu kepada adik sambil membaringkan adik di tempat tidurnya. Pernah juga sebelum ini, ketika sedang solat, Aiesyah mandikan adiknya yang berusia 1 tahun 7 bulan itu. Usai solat ibu bertanya, "Aiesyah mandikan baby Ammar?" "Ya, tadi Ammar berak sampai bocor kena seluar, Aiesyah mandikan terus." "Aiesyah selalu mudahkan urusan ibu, Allah akan sentiasa mudahkan urusan Aiesyah" Aiesyah senyum menampakkan kedua lesung pipitnya. Sebagai ibubap...