Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun. Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu. Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Ibu pernah kongsikan dalam entri ini , bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu. Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun. Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari. Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube s...