Ini adalah kisah benar untuk pengajaran semua, jangan percaya dengan kata-kata orang yang tidak kita kenali. Beberapa hari yang lepas, 3 orang pemuda lingkungan usia 20-an menaiki kereta Proton Saga Iswara warna biru berhenti di depan rumah. Seorang lelaki keluar dan mengetuk pintu serta memberi salam bertalu-talu. Tidak selesa dengan tindakan pemuda tersebut, suri rumah bersama 3 anak kecil di rumah kerana suami masih di pejabat membuka sedikit sliding door. Surirumah: Ya ada apa Pemuda A: Kami datang ni nak buat servis cuci filter, kami dimaklumkan yang filter di rumah akak rosak Surirumah: Kenapa pulak, kami takde panggil orang servis pun (memang filter di rumah rosak pun waktu tu) Pemuda A: Hari Sabtu lepas kami dah datang bercakap dengan suami akak, dia minta kami datang hari ni buat servis sebab akak ada di rumah. Surirumah: Ermmm ye ke? Nanti saya confirmkan dengan suami saya dulu. (Dalam hati isk peliknya) Pemuda A: Iya kak, tak percaya akak boleh telefon abang sekar...