Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Comellote Giveaway Tinggal lagi 24 Jam

Asalnya ibu nak tutup awal GA ni tetapi memandangkan sudah tertulis dari awal sehingga 31 Julai tidak sedap pula rasanya ingkari janji. Tinggal lagi 24 jam untuk GA ini ditutup dengan rasminya, sebarang penyertaan selepas dari tarikh tutup tidak akan dilayan dan automatik terkeluar dari senarai cabutan bertuah. Kepada yang menyertai, ibu belum jengah ke blog anda semua, InsyaAllah berikan ibu sedikit masa yer... pastikan anda berikan maklumat yang tepat dan melengkapkan semua syarat yang senang tu. Turutan cabutan bertuah adalah mengikut penghantaran borang soal-selidik. Penghantaran hadiah adalah menggunakan normal delivery ke seluruh Malaysia sahaja, jika di luar memang tidak berbaloi untuk menghantarnya pun :-D

Dalam Perut Ada Baby

Ibu dan keluarga sedang bersukaria di kampung sekarang ini, harapnya ya sebab semasa entry ini ditulis ibu masih lagi di Selangor. Rindunya dengan kampung, makanan semestinya. Dapat juga merasa buah durian tadi selepas lama mengidam, ha jangan ingat yang pelik-pelik pula yer, dalam perut ibu ni masih kosong cuma berisi segala macam sistem peranakan dan sistem pencernaan jer. Dalam proses kemaskan barang-barang yang perlu dibawa balik sempat lagi ibu buat schedule entry ni... hehe jangan marah yer abah. Oh tajuk tu sebenarnya nak cerita pasal perbualan anak-anak ibu terutama hakim dan aiesyah semasa meninjau rumah baru; Ibu        : Ini bilik hakim dengan umar yer Hakim   : ok! hakim sekali ngan baby umar... hehe Aiesyah : (muka masam) alaaa.... aiesyah takde baby Hakim   : Ada, tu dalam perut ibu nanti ada baby Aiesyah : Yey... dalam perut ibu ada baby aiesyah? Ibu        : Haah yer lah tap...

Pergi Tak Kembali

Salam Jumaat, penghulu segala hari moga dipermudahkan segala urusan kita hari ni. Entry hari ni tiada motif cuma mengenangkan beberapa rakan ibu yang telah pergi tidak kembali menemui Pencipta. Ketika ini mungkin ibu telah pun sampai di kampung halaman, ada majlis kesyukuran selepas solat Jumaat nanti. Rakan sekelas semasa di Tingkatan 1 telah pergi kerana lemas semasa berkelah di air terjun, sahabat seperjuangan semasa di sekolah menengah juga telah pergi akibat kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Rakan baik semasa matrikulasi, juga rakan sebilik yang meninggal kerana kemalangan semasa urusan kerja, yang terbaru juga rakan semasa matrikulasi tetapi berlainan bilik akibat kanser. Sedih pula yer, memang kehidupan yang tidak dapat lagi dari menemui ajal. Cuma tidak tahu bila saatnya akan sampai. Ramai tak rakan atau orang terdekat yang telah pergi tak kembali, doakan kesejahteraan mereka di sana.

Nantikan Kepulangan Kami

Last balik kampung semasa mendapat khabar tidak baik tentang bapa saudara Ayah Chik yang dirawat di ICU HUSM kerana kemalangan, walaupun hanya pulang hari (bayangkan perjalanan lebih lama dari berada di destinasi) tapi bersyukur sempat berjumpa walaupun arwah sudah tidak sedarkan diri waktu itu kerana arwah pergi tak kembali 2 hari selepas itu. Hari ini kami akan berangkat pulang untuk bertemu dengan seluruh adik beradik yang akan berkumpul kerana mak dan ayah ibu akan pergi tunaikan umrah minggu depan, berpuasa di Mekah dan hanya pulang selepas hari raya. Ini adalah pemergian ke tanah suci kali kedua buat mak dan ayah selepas menunaikan haji 10 tahun yang lepas. Ini adalah kehendak ayah sebenarnya ingin benar beliau ke sana, rindu dengan tanah suci katanya, mak hanya mengikut tanpa membantah kerana kedudukan isteri di samping suaminya. Lambaian kaabah seakan telah memanggil mereka untuk ke sana sekali lagi. Kami pun bercadang untuk bawa mak, ayah dan mek (ibu mertua ibu) ke Mekah...

The New Me after being WAHM

Tidak pernah terlintas langsung di benak ini bahawa ibu akan berhenti kerja makan gaji kerana itulah matlamat semasa saya kecil dan masih bersekolah dahulu. Bila ditanya nanti besar nak jadi apa? Mesti jawapannya  doktor, jawapan semasa sekolah rendah. Cita-cita berubah dari doktor kepada jurutera selepas mendapat result SPM kira-kira 14 tahun yang lepas. Perubahan sedikit demi sedikit selepas ibu mula mencari jalan untuk bekerja sendiri (waktu itu masih lagi makan gaji). Lama kelamaan ibu merangka perancangan untuk memulakan sesuatu dalam hidup dan berhenti dari makan gaji. Terlalu banyak perubahan yang berlaku sebenarnya sukar untuk diceritakan, sedikit sebanyak boleh lah dikongsikan di sini. Perubahan ini amat terkesan di hati ibu dan sedikit sebanyak merubah orang-orang di sekeliling ibu terutama suami, anak-anak dan keluarga. Perubahan Utama: Matlamat Hidup Sukar untuk diungkapkan, mungkin sebelum ini matlamat hanya untuk bekerja, selepas mendapat kerja, kepuasan masih ...

Seronoknya Bekerja Di Rumah

Ibu tahu mungkin ramai lagi di luar sana yang bercita-cita untuk bekerja sendiri di rumah, jika tidak bekerja langsung tapi duit masuk lagi bagus kan? hehe tapi mana mungkin duit datang bergolek, kenalah berusaha... Walau sudah bergelar surirumah, ilmu tetap perlu dicari dan disemai kepada anak-anak pula. Ibu tidak boleh hanya duduk di rumah sahaja kerana beraktiviti seakan sudah sebati dengan jiwa. Mana mungkin duduk terperap di rumah sahaja tanpa bergaul dan bersosial. Kenapa ibu seronok bekerja di rumah? 1. Jadual sendiri Tidak perlu mengikut jadual orang lain, kejar duedate ntah ke apa sebelum ini, sebab semuanya sendiri. Walaupun di rumah jadual kerja tetap ada, duedate kena juga dikejar tapi semua itu untuk diri sendiri, kepuasan diri sendiri, kerja untuk diri sendiri dan keluarga, bukan kah lebih bahagia daripada bersusah untuk orang lain? Bersusah payah kerana kerja sendiri jauh lebih seronok! 2. Masa Fleksibel Bila ibu mula aturkan jadual sendiri maka masa kita lebi...

Menyusu Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Bismillah Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam seluruhnya akan menyambut kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak, apakah persediaan untuk menghadapinya terutama ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan bayi mereka. Ada segelintir ibu-ibu yang mengambil jalan mudah untuk terus tidak berpuasa dengan alasan menyusukan anak, ini bagi ibu sangat tidak patut. Memang Islam itu mudah tapi jangan lah sampai kita mempermudahkan setiap perkara. Puasa adalah wajib, dan menyusukan anak juga sangat dituntut dalam Islam. Mungkin ada perkara yang perlu dirujuk kepada pakar agama kerana ini adalah daripada fikiran dan pemahaman ibu selama ini dengan ilmu yang cetek ini. Ibu yang menyusukan anak diharuskan berbuka jika berlaku mudharat kepada anak yang disusukannya. Ini lebih tepat jika anak berusia kurang dari 6 bulan di mana sumber makanannya hanya bergantung kepada susu ibunya semata-mata, tetapi jika anak yang sudah melebihi 6 bulan maka susu ibu bukanlah punca utama maka...

QQ Baby Minky Cloth Diaper : Review

Ibu duk belek-belek draft entry, banyaknya entry yang tak sudah-sudah, kalau dah tak sudah tu cemana nak publish. Ni ada satu entry pasal review tentang QQ Baby CD, kena siapkan jugak ni sebab baru 2 cd yang saya buat review Rainbow BB dan Coola Baby CD, nak baca review tentang 2 cd tu klik jer kat sini dan sini . QQBaby antara brand CD yang made in China, ada 2 jenis, plain dan minky printed. Asasnya bila mengenakan cd jenis minky, akan kelihatan lebih bulky berbanding plain cd yang diperbuat daripada polyester (PUL). Walaupun material minky nampak gebu jangan risau kerana kainnya tahan lama dan tidak hilang warnanya. Ibu suka menggunakan cd ini kerana kemas dan suka dengan coraknya yang menarik. Ini antara corak yang ada; Cuba lihat dengan lebih dekat, material luarnya (minky material); Di bahagian dalamnya (inner) adalah micro suede, kasar sedikit jika hendak dibandingkan dengan microfleece (coolababy) tetapi masih lembut untuk kulit bayi, kering dan mudah dicuci. Lates...

Apa Nak Tulis Ni

Ntah apa motif enrty ini, ibu ada banyak juga draft entry tapi idea untuk menulis bagaikan tersekat-sekat... macam biskut pula kejap ada dan kejap tiada (padahal ada orang kesah ker pasal entry baru kat blog ni? hehe) Hari ni tiada air lagi di rumah ini, paip bocor dan paip yang sama juga bocor sebelum ini. Baju kotor sudah menimbun di dalam bakul, bukan satu bakul tapi 2, 1 bakul baju anak-anak dan 1 bakul baju ibu abah. Semalam cuma sempat basuh 2 toto, anak teruna ibu yang terbasah sebab malam yang agak sejuk sekarang ni. Bila ditanya katanya tak mahu ke toilet, bila pagi tengok sudah basah pula. Dimaafkan sebab sekarang waktu malam memang sejuk lagipun ini kali kedua seumpamanya seperti ini selepas setahun yang lepas. Tadi masa tidurkan Umar, anak berdua itu panggil ibu ajak keluar ingatkan apa, habis semua buah ciku dipetiknya (yang rendah dan boleh dicapai oleh mereka) yang kecil kiut miut pun dipetik juga. Kejap lagi nak ajak anak jalan-jalan, hari-hari ke sekolah dan d...

Ubahsuai Printer Ink di Luar

Hari ni (merujuk kepada semalam) Alhamdulillah cuaca cerah dari pagi sampai petang, semalam hujan lebat habis basah kuyub baju sampai kena basuh lagi sekali. Kesian mesin basuh ntah berapa kali kena buat kerja hari ni. Kerja ibu banyak juga melibatkan printer, bukan apa senang jika semua dicetak dan disimpan dalam bentuk hardcopy. Kos untuk menukar catridge tidaklah murah bagi ibu RM140 untuk 2 catridge black dan color ( Mungkin sangat murah bagi yang mampu) . Bila guna yang refill, salah masukkan lebih ink maka terus tak boleh guna printer. Ibu dapat tahu ada cara yang lebih menjimatkan untuk kos ink printer di mana ink nya di pasang di luar dan disalurkan ke dalam catridge. Mampu bertahan lebih 2 kali ganda daripada catridge biasa dan kos untuk memasangnya cuma RM70 termasuk ink Ibu pun dapat tahu daripada abang ipar sebab dia telah gunakan printer yang dipasang ink di luar ini sudah beberapa bulan dengan penggunaan yang banyak tapi ink masih ada 3/4 penuh. Wah memang jimat, ...

Pengalaman Menjual Biskut Raya

Biskut dan kuih memang aksesori wajib di musim perayaan, ramai peniaga yang mendapat keuntungan berlipat ganda bila tiba musim perayaan. Jangan tak tahu ada orang yang  berniaga hanya di bulan puasa sahaja, niaga setahun sekali buat bekalan setahun. Ibu dulu pun pernah juga meniaga biskut raya, biskut bangkit, biskut kacang, semperit, baulu, cookies dan macam-macam. Mulanya pada 2008 bila ibu sudah tidak makan gaji, ibu buat satu blog untuk jual biskut raya, itulah blog pertama ibu ummuhakim.blogspot.com Waktu tu takde orang tahu pun blog tu, perasan macam ada yang nak beli biskut online haha Biskut bangkit yang ibu memang tak suka makan sebelum ni, tapi lepas rasa biskut bangkit ni hari-hari mau. Baulu yang menjadi kegemaran anak-anak, suami pun suka makan cicah air teh. Cookies ibu bawa balik kampung, mak ibu suka sangat sampai simpan tak bagi anak-anak makan Pendek kata semua sedap, di mulut ibu ni lah, mulut orang lain belum tentu. Pengalaman..... pengalaman Notakak...

Rezeki Itu Nikmat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Penyayang "Ampunilah dosaku Ya Allah, dosa suamiku Ya Allah, dosa kedua orang tua kami Ya Allah, Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu Ya Allah" Segala pujian hanya layak untukMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam. Rezeki, jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan, tapi kita perlu mencari rezeki dan jodoh, ajal itu akan datang sendiri tiada lewat dan tiada awal cuma kita boleh berdoa supaya Tuhan memanjangkan umur kita. Kita perlu yakin dan percaya bahawa rezeki memang datang dari Tuhan, bukan dari manusia atau haiwan peliharaan kita. Ada orang yang sanggup buat macam-macam kerana menganggap individu tertentu itu memberinya gaji, jika dia tidak suka kita tak naik pangkat lah kita jawabnya. Ada yang sayangkan lembu-kambingnya daripada anak sendiri kerana itu adalah punca rezekinya. Tidak salah menyayangi manusia, tidak salah berbaik dengan binatang kerana memang itu pun yang dituntut dalam agama, tet...

Tempah Bisnes Kad Online

Dah bertahun berniaga baru nak ada business card, eh takper lah daripada tiada langsung sampai bila-bila. Memang dah plan lama nak tempah tapi asyik tertangguh sebab selalu tidak menyinggah ke kedai printing ni. Duk belek-belek dalam internet, terjumpa lah website ni . Ini lah dia bisnes kad yang dihasilkan, tempah hari jumaat lepas, malam tu juga dia email artwork, 2-3 kali juga minta dibetulkan, ini lah hasilnya. Memang puashati cepat dan cekap, hari isnin dia pos selasa dah dapat kat tangan. Harganya boleh tahan murah RM65 untuk 300 keping siap ada matte laminate lagi. Kalau ada yang nak tempah bisness card, kad kahwin, banner, bunting semualah mengenai printing boleh intai-intai website Mat DZ ni. Semoga terus maju jaya yer Mat DZ.

Tips Keibubapaan: Tangani Anak Nakal

Bismillah Ibu bukan pakar kanak-kanak, pengalaman pun masih cetek, ibu hanya ingin kongsikan dengan semua apa yang ibu dapat semalam semasa mendengar topik tips keibubapaan. Sebenarnya tiada istilah anak nakal, kerana anak dilahirkan suci dan bersih, anak terbentuk perangainya kerana didikan daripada ibubapa mereka. Jika anak nakal sebenarnya ibubapa lah yang gagal mendidiknya. Ada yang mengatakan, sebelum berkahwin, perempuan lebih banyak bercakap dan lelaki mendengar. Selepas kahwin, isteri banyak menurut kerana suami banyak bercakap dan isteri kena dengar. Bila punya anak, ibu bapa masing-masing mahu bercakap sehingga jiran dengar. Dengan istilah lain, bercakap sambil menjerit-jerit, ia sangat memalukan. Ada ibubapa yang sentiasa menjerit kepada anak-anak apabila anak tidak mendengar bila disuruh sekali. Picture taken [ here ]   Cukuplah menjerit, anak-anak juga punya harga diri, mereka juga merasa jatuh harga diri apabila dijerit-jerit walaupun oleh ibubapa mereka s...

Selepas Beberapa Tahun Puasa Penuh

Hari ni sambung perjuangan puasa yang belum selesai, Ramadhan tinggal 23 hari jer lagi. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan ibu untuk menghabiskan puasa yang berbaki beberapa hari ini. Pagi tadi cuma sempat menjamah 2 keping roti sebagai alas perut semasa sahur, hari ni memang agak lembik juga, semalam tak puasa sebab tak sempat nak bersahur, baru masuk sesuap nasi sudah azan. Pernah sampai menggigil dan kebas seluruh badan bila tak bersahur masa puasa tahun lepas. Tadi cakap dengan abah nak buka puasa apa yer hari ni, abah cakap beli nasi kukus ayam goreng berempah tu jer la. Ayamnya boleh tahan besarnya, seekor ayam dara dibelah empat. Harganya RM5 sebungkus, ibu suka makan macam tu jer, tak perlu letak kuah, makan ketika nasi masih panas Gambar nasi kukus ayam dara yang diambil dari [ sini ] Ini apa hal puasa cakap pasal makanan? Nasi macam ni makan dalam pantang mesti best kan, hari-hari makan ini pun takper. Ibu ni sudah beberapa tahun tidak ganti puasa sebab sel...

Berita Gembira

2 hari lepas kami dapat surat yang berbunyi begini 'Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada tuan/puan bahawa penyerahan pemilikan kosong bagi harta yang dinyatakan di atas telah sedia untuk diserahkan kepada tuan/puan. Sila datang pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan di bawah ini untuk penyerahan kunci ..........' Alhamdulillah rumah sudah siap sepenuhnya, selepas hampir 3 tahun kami menanti, booking selepas 2 hari melahirkan Aiesyah. Dengan susah payah berjalan ibu sanggup demi rumah ini... huhu Tapi ada juga yang tak berapa nak gembira, poket ni ha.... mari senaraikan apa yang perlu poket keluarkan untuk sebuah rumah baru; 1. Grill - ini memang wajib 2. Kitchen Cabinet - ini juga sunat yang seakan wajib 3. Color - nak jugak letak color lain, takkan putih jer semua kan 4. Langsir - design yang macamana yer 5. Perabot - termasuk meja, sofa, tv cabinet, katil, uh banyaknya 6. Pagar & gate - ini pun kena masuk senarai juga ker? 7. Kipas ...

Cara Senang Belajar Mengenal Huruf

Anak-anak belajar mengenal huruf tidak semestinya melalui buku, ada banyak cara yang ibubapa boleh praktikkan. Contohnya ketika dalam kenderaan, ada bas di hadapan, biasanya di badan bas penuh dengan iklan, tanya anak huruf apa yang ada, atau tengok nombor plat, papan iklan dan macam-macam lagi. Anak yang sedang ingin belajar sangat seronok jika dia dapat kenal huruf dan baca sukukata pendek di mana-mana sahaja yang ada huruf dan perkataan Suratkhabar salah satu buku segera yang boleh digunakan, hakim sangat gemar menulis di atas huruf di suratkhabar tapi kurang gemar menyebutnya, berlainan dengan aiesyah yang masih lintang pukang tulisannya tapi suka menyebut perkataan yang ditulis walaupun huruf J dikatakan G. Huruf a kecil suratkhabar membuatkan mereka konfius, hakim cakap a tu d, aiesyah pula cakap a itu e. A kecil yang mereka belajar lain bentuknya. Semalam selesai solat ibu dengar pot-pet aiesyah yang asyik menulis, meniru abang hakim yang meninggalkannya kerana mengikut a...