Semalam 16/10/09, dah terlewat... sepatut ditulis semalam, baby umar dah mendapat 2 pencapaian yang memberansangkan. Umur baby Umar semalam genap 4 bulan dan baby umar dah dapat meniarap dengan sendirinya. Begitu bersusah payah dia berusaha untuk mendapat kedudukan seperti di dalam gambar... Pencapaian yang ke-2 adalah mmbboooooooooooo..mmmbbooooooo aksi penyemburan air liur sehingga terpercik ke muka ibu, seolah-olah umar menyebut ibu..ibu cuma dalam gayanya sendiri. Memang excited sungguh dia melakukan kedua-dua aksi ini tanpa jemu. Saya masih teringat sahabat saya sewaktu sekolah dulu, sahabat saya ni mempunyai adik kembar yang salah seorang daripadanya mempunyai masalah pendengaran akibat terjatuh ketika di dalam walker. Akibat daripada itu sahabat saya dan keluarga perlu mnghantar adiknya ke sekolah anak-anak istimewa. Semasa saya ke rumahnya suatu ketika dahulu, sahabat saya sentiasa mengajarkan adiknya untuk bertutuur dengan menepuk di bawah dagu anak itu sambil minta matanya melihat apa yg mulut kita sebut dan anak kecil itu meniru. Butiran perkataan keluar dari mulut anak itu jelas walaupun agak pelat tuturnya. Saya percaya cara berkomunikasi dan bertutur dengan anak-anak yang masih belum dapat bercakap perlulah jelas dan tepat kerana anak-anak sentiasa melihat dan meniru apa yang dilihatnya.
Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli, sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan, kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...
Comments
Post a Comment