Kenapa la saya suka tengok drama Nur Kasih ni? Setiap malam jumaat mesti nak duk depan tv channel tv3 pukul 8mlm, semalam ada ke yang terleas cerita ni (bagi yang mengikutinya yerr..). Sampai bergaduh jugak lah dengan hakim berebut remote, hehe hakim asyik nak tengok channel cartoon dia aje. Abang pula tak ada semalam pegi kelas motivasi... harap2 dapat lebih motivasi yer bang... biar bergegar dan luar biasa gitu ;-)
Semalam tak banyak sangat yang menarik, Katrina pulak sakit... saya dah agak dah.. sebab dia kan selalu ambil ubat kan? Kehidupan Aidil dan Aliya pun ada dugaan juga, Sarah pulak tak habis nak buat cerita dengkis kan sebab Aliya kawin dengan Aidil. Sarah... Sarah... nak kawin dengan orang baik2 macam Aidil dlm citer tu (kat luar harap2 baik juga) tapi hati tak berapa nak baik ni cemana....
Itulah rumahtangga, bukan cinta dan sayang saja yang boleh bawa bahagia, tanggungjawab, pengorbanan semua kena ada. Ambil manfaat dari sudut ang positif yer.. nak tengok? apa susah klik jer sini, daftar dan boleh tengok.
Comments
Post a Comment