Bismillahirrahmanirrahimm...
Tadi dalam perjalanan ke Cheras saya melihat mayat terbujur kaku - telah ditutup dengan kain, yang kelihatan cuma isi perut dan isi apa-apa ntah bertaburan di atas jalan, saya menjangkakan lelaki itu (sebab ada 2 kasut kerja lelaki color hitam kat situ) digilis lori yang membawa muatan simen - ada lori itu di tepi jalan. Kemalangan menyebabkan 1 line jalan ditutup berhampiran pasar borong selayang itu menyebabkan kesesakan di ke 2-2 arah.. yang peliknya jalan belah sana pun jam juga.. diorang sibuk nak tolong tengok. Memang meremang ngan mengerikan saya tengok - tu belum tengok mayatnya, memang saya tak sanggup! Perkara begini berlaku tanpa diduga, sentiasa berhati-hati ye, ada doa yang boleh diamalkan untuk memelihara diri, antaranya doa dalam Ma'thurat yang bermaksud;
"Dengan nama ALLAH yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudharat selama bersama dengan NamaNYA (ALLAH). Dan ALLAH Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
Doa ini boleh diamalkan setiap pagi dan petang, saya pernah mendengar seorang Ustaz (saya lupa siapa) memperingatkan kita supaya membaca doa ini setiap kali keluar rumah, InsyaALLAH dijauhkan dari segala mudharat penyakit dan sebagainya.
CD aka Cloth Diaper
Tadi saya baru aja buat order CD baru untuk tambah stock yang ada. Sejak menggemar CD 2 tahun lepas ketika Aiesyah masih bayi, saya memang suka menggunakannya, tidaklah terlalu susah menyelenggarakannya seperti apa yang disangka sebelum itu. Saya membuat kajian yang agak lama, daripada Aiesyah masih di dalam kandungan ibu lagi untuk membuat keputusan membeli CD menggantikan Dispo Diapers. Ternyata perkiraan saya tepat kerana waktu itu, harga CD sume boleh tahan, paling murah hampir RM70 (CD shj tidak termasuk insert). Sekarang sudah banyak CD di pasaran dan terlalu banyak pilihan.
Saya beli CD Happy Heiny's disertakan sekali dengan 2 insert - HH antara CD yang tahan lasak, saya ada 2 koleksi HH yang dibeli 2 tahun sudah, masih elok sampai sekarang, masih seperti baru, velcronya yang paling saya suka. Saya beli juga one size microfiber insert - paling flexible, saya mmg suka meletakkan 2 inser sekali gus, maklumlah tak berapa nak rajin tukar kerap-kerap sgt hehe. Microfiber one-size ini lebih murah - ada sale skang kat sini, sama seperti menggunakan 2 helai insert - ada 2-3 lai insert saya dah tak boleh digunakan lagi, koyak kat tepi! Satu lagi saya beli training pant untuk Aiesyah, sekarang Aiesyah sudah 2 tahun 4 bulan tapi masih guna diaper walaupun dia dah pandai cakap dan pee dan poo. Kan saya cakap tadi saya x berapa rajin kan, jadi tak larat juga kalu dia ter-pee atau ter-poo atas permaidani kainku itu. Saya harap training pant ini boleh membantu saya diaperless Aiesyah dengan cepat dan mudah.

Comments
Post a Comment