Skip to main content

Kenapa Perlu Menabung?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya bukanlah orang yang sangat arif tentang pengurusan kewangan, tetapi sebagai ibu dan insan yang pernah melalui kesukaran sewaktu dahulu, saya sangat-sangat menggalakkan anda semua menabung demi masa depan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menabung, tetapi jadikan tabiat ini sebagai suatu amalam murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil. Saya percaya ramai di antara kita yang kurang arif atau tidak tahu menguruskan kewangan sendiri termasuk juga saya.



Apa yang saya nak kongsi malam ini adalah mengenai tabungan untuk anak-anak atau umumnya memanggil tabungan pendidikan. Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini di tahun 1430H. Pasti ramai ibu bapa yang teruja membilang duit raya anak masing-masing kan? masakan tidak jika duit raya mencecah ribuan ringgit, persoalannya adakah ibubapa menguruskan wang anak-anak dengan baik? Mengikut kajian, masih ramai ibubapa yang belum membuat tabungan untuk anak secara tetap, dengan kata lain fixed deposit, potongan gaji dan sebagainya. Alangkah beruntungnya anak-anak yang mempunyai ibubapa yang pandai menguruskan wang untuk mereka. Jika anda masih belum berbuat demikian, masih belum terlambat untuk melakukannya bak kat pepatah "Better late than Never".



Tabungan sendiri atau melalui Insurans Kewangan/Takaful?
Persoalan ini perlu diteliti dan saya fikir jawapan sudah ada di benak ibubapa sendiri. Ke-2 kaedah ini ada baik dan buruknya, jika ada wang lebih anda buat 2-2 sekali, baguskan? Ada kelebihan jika menabung melalui syarikat Takaful/Insurans seperti perlindungan percuma, kad perubatan, biasiswa, jaminan simpanan, anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Tetapi jika anda susah mendisiplinkan diri untuk menyimpan secara tetap, maka simpanan biasa adalah lebih baik. Anda juga tidak boleh mengeluarkan wang sesuka hati jka menabung melalui syarikat Insurans/Takaful, ini bagi memastikan anak anda mendapat dana pendidikan yang mencukupi.

Jika anda buat simpanan di bank dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,320 + dividen
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur dan sihat selama 17 tahun. Jika tidak?....

Jika anda buat simpanan di Takaful dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,305 + keuntungan
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur ataupun tidak kerana Takaful memberikan jaminan simpanan. (Kiraan berdasarkan anak di bawah 1 tahun dan pembayar 30 tahun)

Walaubagaimanapun ini sangat bergantung kepada disiplin dan kemampuan ibubapa itu sendiri. Lebih anda simpan lebih la yang anda peroleh nanti.

Comments

  1. Pengiraan tadi berdasarkan tabungan pendidikan EtiQa Takaful Maybank.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...