Skip to main content

Bufferred Earning Berbaloi-baloi

Memang syok kalu dapat bufferred earning, patut lar ramai duk citer macamana nak dapat buffered earning maklumlah saya ni budak baru belajar, baru dapat 4, 2 dah jadi metered now running 2 buffered earning.


1 buffered earning pun boleh dapat dalam belas ringgit, kalau 2 puluh2 ringgit. Ai tak dapat dibayangkan jika blog yang glemer tuh dorang sekali dapat sure banyak buffered earning kan. Andai kata dapat 5 buffered earning dalam satu masa, seminggu dah beratus boleh dapat. Patutlah sebulan boleh dapat income beribu daripada Nuffnang!

Bila dah nampak di depan mata, baru lah saya yakin yang memang boleh dapat duit percuma dengan Nuffnang (percuma sebab tak keluar modal langsung) cuma kena ada sedikit effort untuk pastikan duit sentiasa mengalir masuk.

1. Traffic
Seperti yang saya baca sebelum ini tentang tips Nuffnang, memang traffic adalah key utama. Mungkin Nuffnang akan letak buffered earning apabila blog kita menepati kriteria yang diorang tetapkan contoh unique visitor mesti 200 ke atas sehari (contoh sahaja yer). Jana traffic ke blog mungkin mengambil sedikit masa, takkan lah hari ni buat blog esok terus dapat unique visitor sampai beratuskan?

2. Update Survey
Saya belajar sesuatu selepas baca tips Nuffnang dalam MomBloggersPlanet, tentang update survey. Saya terus buat seperti yang disarankan dan saya lihat iklan yang selalu tidur akan bangun, dan tidak lama lepas tu saya dapat buffered earning. Mula-mula terkejut juga sebab katanya kena update selalu kalau boleh setiap seminggu atau 2 minggu sekali. Now I'm practicing what have learn from other people.

Apa yang saya nampak hanya 2 sebab utama di atas sahaja buat masa ini, mungkin ada tips lain yang dikongsi oleh orang lain yang lebih hebat, anda perlu cari dan cuba buat, InsyaAllah. Banyak kupasan tentang jana traffic tu sebenarnya. InsyaAllah kita berkongsi di lain masa.

Notakaki: Earning Nuffnang dan Google Ads saya hampir sama sahaja, bezanya Nuffnang dalam RM dan Google Ads dalam USD :D

Comments

  1. tahniah wan anie.
    semakin lama ilmu makin bertambah, kefahaman pun meningkat, insyaallah pendapatan pun naik.
    BE kakchik dah tinggal 1 tapi setia sungguh. yang yg lain2 semua dah metered. dah cash out, tunggu cek sampai je.
    petua itu juga yang kakchik amalkan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakchik, tu lah saya jeles bila kakchik cakap nak cash out earning nuffnang haritu...

    InsyaAllah saya akan cash out tapi bukan dalam masa terdekat ni... tunggu biar dapat banyak kalu boleh sama2 dengan google ads, buat duit raya ker syok juga :D

    ReplyDelete
  3. oh, selama ini saya ingatkan googleads untuk blog berbahasa inggeris shj. saya pun nak letak juga lah. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Nur: belum apa2 pun baru tengah belajar ni... thanks, bole lah letak nuffnang dlm blog Nur lepas ni :D

    AA: Google Ads boleh jer mana2 tapi lebih sesuai jika blog berbahasa Inggeris, dan kandungan blog tidak lah terlalu rojak.

    ReplyDelete
  5. memang seronok kan dapat buffered earnings ads ni...

    Gabung Blog Dah Selesai

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk pencapaian itu.. dapat BE tu satu pencapaian tau.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sharinginfoz: haah seronok bila tengok income naik :D

    aiDieNa: BE satu pencapaian? emmm terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...