Bila melihat gambar-gambar sewaktu di bangku sekolah, kita tidak sangka dari budak hingusan kita telah menjadi seseorang seperti sekarang. Kita seorang ibu, kita seorang guru, kita seorang jurutera, kita seorang businesswoman dan sebagainya, tidak kira apa sahaja lapangan yang kita ceburi walaupun hanya menjadi ibu di rumah, kita tetap manusia yang hebat! Itulah proses kehidupan yang dilalui oleh semua orang.
Jika anda seorang surirumah, pernahkah terfikir bahawa tidak semua ibu yang berupaya menjadi surirumah yang hebat seperti anda kerana ada ibu yang mengalami tekanan sehingga sanggup membunuh diri dan anak sendiri. Bukankah kita hebat kerana dapat menghadapi semua cabaran tersebut? Saya solute kepada semua surirumah walaupun masyarakat memandang enteng jika hanya berada di rumah tapi tidak semua wanita boleh menjadi surirumah. Saya bercakap atas dasar saya sebagai ibu yang berada di rumah dan anda telah bertahun-tahun menjaga dan mendidik anak sendiri.
Jika anda seorang yang bekerjaya dalam apa jua lapangan, anda memang hebat dapat mengendalikan tugas dengan baik dalam masa yang sama menguruskan anak dan rumah tangga. Kita adalah wanita hebat dalam apa sahaja yang kita lakukan.
Buangkan segala fikiran negatif, tanamkan dalam diri sendiri bahawa kita adalah hebat kerana setiap ciptaan Allah memang hebat dan tiada tandingan, manusia memang hebat, akal kita memang hebat. Ini adalah salah satu motivasi diri yang kita boleh praktikkan di rumah setiap hari supaya sentiasa bersemangat dan yakin diri dengan apa sahaja yang kita lakukan. Ada perkara yang dulu hanya terlintas di fikiran tetapi sekarang telah ada di depan mata, ada benda yang dulunya hanya angan-angan tapi sekarang anda telah mencapainya. Inilah kehebatan manusia, oleh kerana itu kita mesti sentiasa tanamkan pemikiran yang sentiasa positif, InsyaAllah seluruh anggota badan juga akan positif.
Notakaki: Motivasi di pagi Selasa untuk diri sendiri dan anda semua :D, jangan lupa bahawa kata-kata itu adalah doa, bercakap perkara yang baik dengan perkataan yang baik-baik sahaja.

bagus motivasi ni. Sy pun cuba juga memotivasikan diri supaya sentiasa positif.
ReplyDeleteNur, ni motivasi uk diri sendiri supaya tak mudah rasa lemah..... :D
ReplyDelete