Skip to main content

Saya Rindu Rumah dan Kawan-Kawan

Bismillah,

Apa khabar anda hari ini, saya dan keluarga terutama anak-anak Alhamdulillah dalam keadaan yang amat baik sekali. Saya teringin hendak menulis surat kepada anda yang sedang membaca blog ini sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana selalu singgah dan tidak pernah jemu untuk melawat dan meninggalkan komen. Saya tahu ada yang selalu datang walaupun tidak meninggalkan sebarang jejak, saya amat menghargainya.

Sudah 2 hari entry tidak berupdate, seolah tetamu datang tapi tuan rumah tiada di rumah. Saya sentiasa ada di sini kerana ini adalah 'mybaby' dan 'rumah' yang sentiasa menatikan kedatangan anda semua, jangan jemu-jemu untuk datang dan singgah yer. Ambillah apa sahaja yang dirasakan bermanfaat di sini tetapi tiadalah air teh atau buah pisang dan apple.

2 hari suntuk kami kesibukan di luar rumah dengan aktiviti yang InsyaAllah lebih menarik di masa akan datang. Berbondong-bondong saya anak-beranak ke tempat yang orang lain tidak bawa anak kecil yang menyanyi-nyanyi dan bercakap sesuka hati anak-anak riang itu :D. Walaupun mungkin ada yang kurang menyenangi tetapi ibu sentiasa senang dengan kehadiran anak-anak di sisi. Sekurangnya ibu tahu keadaan kalian selamat dan sejahtera dengan ibu dan abah. Ramai yang mengerling bila anak-anak riang menyanyi di kaunter awam yang tidak ada sebarang bunyi sekurangnya nyanyian Aiesyah boleh menceriakan suasana ;)

Bagaimana dengan keadaan anda semua? Bagi yang sudah mendapat Buku Wang Saku adakah telah mula mengisi dan mendapat sedikit manfaat daripadanya? Pasti akan nampak hasil dengan usaha yang berterusan, berdoa kepada Allah supaya sentiasa dibukakan pintu rezeki yang luas untuk kita semua. InsyaAllah semoga kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita inginkan. Jika sudah banyak usaha tapi rezeki belum menyebelahi mungkin ada hikmah yang kita tidak nampak atau ada rezeki lain yang datang tanpa kita duga dalam bentuk yang lain. Jangan sesekali berputus harap dengan nikmat Allah.

Sentiasalah bersedekah dan yakinlah bahawa sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki.
Salam ukhuwah dan penuh kasih sayang

Wan Anie

Comments

  1. rezeki selalu dtg dlm bentuk yg kita tak jangka. mcm kat sini, alhamdulillah kami selalu dpt sayur2 fresh free dr kwn2 yg suka menanam sayur.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah moga lebih murah rezeki Nur lepas balik Malaysia nanti ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...