Apakah yang di dalam fikiran jika disebutkan romantik? Setiap wanita inginkan pasangan yang romantik kan?
Adakah romantik itu apabila si dia membuat kejutan candle light dinner di hari anniversary dan dihadiahkan sejambak bunga beserta kotak barang kemas bertatahkan berlian?
Adakah romantik itu apabila si dia sentiasa menelefon setiap 3 jam hanya untuk menyatakan yang si dia rindu dan cinta kepada kita?
Adakah romantik itu apabila si dia tidak mahu melepaskan tangan kita apabila berjalan dan bersiar-siar sehingga sukar untuk mengambil sesuatu dari poket dan handbag?
Adakah romantik itu apabila pada masa-masa tertentu si dia bercakap dengan lemah lembut dengan pujuk rayu dan menyentuh mesra tubuh kita?
Saya lihat adegan romantik ibubapa saya dari perspektif yang berbeza sekarang kerana saya tidak pernah melihat apa yang tergambar sebagai romantik di fikiran saya pada kedua mereka walaupun sudah bersama hampir 46 tahun. Ikatan kasih sayang dan keakraban teman hidup sangat menawan hati saya dan mereka adalah pasangan yang romantik!
Ayah saya sangat romantik apabila setia menunggu ibu untuk bersolat bersama tidak kira waktu walaupun selepas ayah menunaikan solat rawatib ibu masih di bilik air.
Ayah saya sangat romantik apabila masih boleh mengukirkan senyuman walau dalam situasi dileteri oleh ibu.
Ayah dan ibu saya sangat romantik apabila mereka bangun solat malam bersama-sama tatkala anak-anak masih tidur dan dibuai mimpi indah.
Ayah dan ibu saya sangat romantik apabila ke mana-mana mereka sentiasa ingin berdua dan bersama-sama
Betapa kuat ikatan hati teman hidup ini semakin tua semakin romantik walaupun pada luarannya mereka nampak biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Jujurnya saya mengagumi sikap dan layanan yang diberikan antara kedua mereka.

Jika baik, elok dan kuat hubungan kita dengan Allah maka Allah akan memperbaiki dan menguatkan hubungan orang-orang yang sangat kita sayangi di dunia ini serta orang-orang di sekeliling kita
bagusnya..mudah-mudahan kedua-duanya bahagia ke akhir hayat mereka..aminnn
ReplyDeletesi jari telunjuk
ReplyDeleteterima kasih atas doa, saya jua mahukan yang terbaik utk mereka dan keluarga kami seluruhnya.