Salam di pagi Ahad dan selamat berhujung minggu, ke mana agaknya hari ni yer.... kami di rumah saja patah kaki minggu ni :)
Tidak sia-sia ibu ke library minggu lepas dek rumah yang tiada elektrik. Ada sikit tambahan ilmu yang ibu dapat tentang susu ibu. Kalau diperhatikan memang susu ibu lebih cair berbanding susu formula, ada cakap-cakap yang mengatakan jika susu ibu terlalu cair seolah kurang khasiatnya. Pendapat seperti itu tidak benar sama sekali kerana susu ibu memang cair!
Susu ibu yang telah diperah jika dibiarkan seketika kita boleh lihat lapisan yang lebih pekat berada di atas dan cair di bawah. Susu ibu mengandungi lebih 80% air, dan lapisan yang pekat itu adalah lebih kepada lemak. Biasanya bila bayi menyusu, susu yang mula keluar sangat cair, kerana ia mengandungi banyak air sebagai penghilang dahaga kemudian barulah yang lebih pekat dan mengenyangkan.
Susu ibu juga berubah mengikut cuaca, ini lah khasiat dan kebaikan semulajadi yang telah Allah kurniakan kepada semua ibu. Di waktu panas, secara automatik susu ibu menjadi lebih cair kerana lazim di waktu panas semulajadinya anak kita juga dahaga dan perlu minum lebih air, bila cuaca sejuk susu ibu menjadi lebih pekat dan lebih lemak.
Sebab itu bayi yang menyusu badan penuh tidak lagi perlukan air kosong. Sungguh setiap yang Tuhan ciptakan dan jadikan memberi manfaat kepada manusia.

mertua saya pun ada kata zaman dulu doktor suruh bg air masak byk...fara sarakids suruh jawab kalu gitu bgtau dia dulu air bersih, sekarang dah byk pencemaran...air masak dah tak relevan utk baby :)
ReplyDeletebetul juga tu pija.... skang ni air kalu tak pakai filter tak gamak nak minum....
ReplyDeletebaby dah cukup dengan apa yg ibu dia ada kan....
gud info.. :)
ReplyDelete