Istilah tu hampir tepat dengan apa yang ibu rasakan sekarang ni, mungkin lebih tepat begini "Mandi tak puas, makan ala kadar saja"
Bila mandi anak-anak sibuk mengetuk pintu bilik air nak kencing, berak segala.... masa ni lah diaorang sibuk beroperasi, itu takper lagi daripada anak kecil yang meraung di depan pintu selagi tidak dibuka. Memang tidak puas merasai nikmat air yang mengalir ke badan.
Makan sambil mendukung anak kecil yang tidak mahu duduk di bawah, sambil tu suap pada 3 mulut menyebabkan ibu makan ala kadar sahaja, ada masa tidak sempat nak disuakan nasi ke mulut sendiri pun. Dengan kelam kabut anak kecil yang asyik nak mencapai pinggan, tiba-tiba.... pang...! jatuh berkecai berderai kaca-kaca. Ajak semua masuk ke bilik, abang sebagai pengawal dan tutup pintu rapat supaya anak tidak terkena kaca-kaca yang bertaburan sehingga ibu siap kemaskan semuanya.
Sungguh teruji kadang-kadang, abang cepat lah pulang! Jika lah hari-hari begini senanglah ibu nak kuruskan badan. Kuruskan badan atau ibu yang tidak terurus?
Notakaki: (dah lama tidak bernotakaki ;) anak-anak memang ujian kepada ibubapa nya, walau apapun ibu bersyukur punya anak-anak, jika tiada anak-anak senyap sunyi lah dunia ibu. Biar kelam kabut tapi meriah :D

sungguh menguji kesabaran..saya dpt bayangkan sb saya pun alami benda yg sama dgn nabila..bezanya pd saya hanya nabila seorg yg 'mengganggu'....sabar jelah..
ReplyDeletemacam tu lah kan dengan anak2 ni.. tak mengapa mereka lah penyeri hidup :D
ReplyDeletehuhuhu..kalo bab anak2 ni story kita mmg hampir sama la anie..mana taknya, kuantiti & umur anak pun lebih kurang jer kan..hahaha. macam mana anie lalui cam tu la jugak la saya hadapai. tp saya weekend/ hr cuti jer la..@ pun time ayahnya keja shif malam. tp bila takder mereka, mama plak rasa kekurangan..
ReplyDeleteMamaYatie
ReplyDeleteGimme 5!