Sudah meningkat matang... tak cakap tua pun yer. Sudah hampir 7 tahun kita hidup sebumbung plus hampir 12 tahun kita berkenalan 'gitu-gitu'. Walaupun dulu hanya berutus melalui surat tidak kenal rupa dan suara, tapi kita tetap setia...
Dalam tempoh 32 tahun, terlalu banyak onak ranjau dalam perjalanan hidup abang, abang seorang yang kental, kuat semangat, tidak pernah kenal erti putus asa, lembut dengan kami anak-beranak, tidak pernah tinggikan suara, sangat tenang dalam menghadapi setiap situasi genting, sabar dengan karenah kami.
Abang memang matang dari dulu lagi sejak sebelum kawin hingga sekarang beranak 3! Walau dalam apa situasi walau abang tidak mengalah tapi abang menang kerana kematangan.
Abang seorang yang tenang tidak pernah tergopoh-gapah dengan sesuatu perkara, berfikiran panjang.
Abang seorang yang sabar, dari mula dikenali sehingga hampir 7 tahun hidup sebumbung tidak pernah tinggikan suara tidak pernah merungut walau terpaksa bangun sediakan susu anak walau terpaksa bersengkang mata melayan karenah anak-anak, atau mungkin juga karenah ani :P
Abang penyokong setia di setiap perkara yang ani lakukan. Abang lah pembakar semangat di kala diri merasa down, setiap kata-kata disusun elok begitu menyentuh perasaan.
Abang tidak pernah merungut atas sesuatu kesusahan dan kepayahan. Walau terpaksa mencuci, membasuh, menjemur, melipat, mengemas, mengemop, menvacum dan macam men lagi...
Kadang ani pun pelik kenapalah abang boleh setenang itu, sesabar itu? Mungkin kerana abang jarang sekali tinggalkan mengaji selepas subuh, abang jarang sekali tinggalkan solat di pagi hari dan abang sentiasa ingatkan supaya sentiasa ingat Allah dan redha dengan setiap yang berlaku. Mungkin inilah resepinya, biar kita hidup tidaklah semewah mana tapi susah senang kita hadapi bersama.
Abang adalah pembimbing terbaik untuk keluarga kita, suami terbaik untuk ani dan abah terbaik untuk anak-anak kita.
Abang banyak mengajar ani erti sebuah kesabaran walaupun perkataan yang sama juga diulang-ulang. Semoga ikatan ini berkekalan ke akhir hayat. Ani mahu menjadi ketua bidadari abang di syurga kelak....
alemak, touching abis...selamat hari lahir..saya juga mendoakan kalian sentiasa berkekalan & bahagia sokmo..amin
ReplyDeletehusband kakyong genap 35 tahun esok.. 20 jun..
ReplyDeletebagusnya dpt suami penyabar... tahniah..
MamaYatie, tq sekali sekala susah saya ni nak puji cam ni... hihi
ReplyDeletekakyong,
ReplyDeleteitulah kelebihan cik abang saya... owh happy birthday tuk cik abang kakyong jugak