Ntah apa motif enrty ini, ibu ada banyak juga draft entry tapi idea untuk menulis bagaikan tersekat-sekat... macam biskut pula kejap ada dan kejap tiada (padahal ada orang kesah ker pasal entry baru kat blog ni? hehe)
Hari ni tiada air lagi di rumah ini, paip bocor dan paip yang sama juga bocor sebelum ini. Baju kotor sudah menimbun di dalam bakul, bukan satu bakul tapi 2, 1 bakul baju anak-anak dan 1 bakul baju ibu abah.
Semalam cuma sempat basuh 2 toto, anak teruna ibu yang terbasah sebab malam yang agak sejuk sekarang ni. Bila ditanya katanya tak mahu ke toilet, bila pagi tengok sudah basah pula. Dimaafkan sebab sekarang waktu malam memang sejuk lagipun ini kali kedua seumpamanya seperti ini selepas setahun yang lepas.
Tadi masa tidurkan Umar, anak berdua itu panggil ibu ajak keluar ingatkan apa, habis semua buah ciku dipetiknya (yang rendah dan boleh dicapai oleh mereka) yang kecil kiut miut pun dipetik juga.
Kejap lagi nak ajak anak jalan-jalan, hari-hari ke sekolah dan di rumah sahaja kesian juga. Anak-anak bila cakap nak gi jalan baru terkocoh nak mandi kalau tak......
Notakaki: Ibu masih keliru dan masih mencari punca badan jadi bengkak-bengkak macam allergic pun ada.

Comments
Post a Comment