Skip to main content

Berita Gembira

2 hari lepas kami dapat surat yang berbunyi begini

'Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan kepada tuan/puan bahawa penyerahan pemilikan kosong bagi harta yang dinyatakan di atas telah sedia untuk diserahkan kepada tuan/puan. Sila datang pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan di bawah ini untuk penyerahan kunci ..........'

Alhamdulillah rumah sudah siap sepenuhnya, selepas hampir 3 tahun kami menanti, booking selepas 2 hari melahirkan Aiesyah. Dengan susah payah berjalan ibu sanggup demi rumah ini... huhu

Tapi ada juga yang tak berapa nak gembira, poket ni ha.... mari senaraikan apa yang perlu poket keluarkan untuk sebuah rumah baru;

1. Grill - ini memang wajib
2. Kitchen Cabinet - ini juga sunat yang seakan wajib
3. Color - nak jugak letak color lain, takkan putih jer semua kan
4. Langsir - design yang macamana yer
5. Perabot - termasuk meja, sofa, tv cabinet, katil, uh banyaknya
6. Pagar & gate - ini pun kena masuk senarai juga ker?
7. Kipas & Lampu - wajib nih
8. Laman - rumput, pokok, batu-batan

Banyak nya budget nak masuk rumah baru yer, jika diikut perasaan ni mati, tak daya nak buat semua tu. Kenalah listing mengikut keutamaan dan letak budget mengikut skala sendiri...

Nampaknya tidak lah banyak budget kami untuk rumah baru ni, cukup sekadar yang wajib sahaja. Apa yang masih boleh digunakan di rumah sekarang boleh lah di bawa ke sana pula, cumanya di rumah ini pun tiada perabot, grill, kipas lampu memang tak boleh bawa ke sana sebab ini rumah sewa

Pada yang dah pindah rumah, macamana yer anda buat budget untuk rumah baru? Emm... apa yang boleh dicadangkan untuk menjimatkan kos?

Comments

  1. bestnya ada rumah sendiri kan..hihi..bg saya terpulangla kak, sebab org kata kalo renovate seluruh rumah senang org nak wat keje..kalao ikut bajet rasanya kena beli sket2 kut..tak reti nak komen kena ada rumah sendiri dulu..bila la ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah dpt duk umah sendiri..pengalaman kami, buat perkara yg lebih 'sesuai' dibuat sblm duduk & penting tuk keselamatan/ keselesaan...cam deko kat laman boleh kendiankan..cat umah harus wat dulu rasanya spy tak le kena alih2 brg plak nnt..semoga ianya jadik rumahku, syurgaku...amin

    ReplyDelete
  3. waaaa pasti excited nk deco2 umah baru:p

    ReplyDelete
  4. amirah,
    huh nak renovate semua... tak mampu akak ni, buat yg mana perlu jer...

    ReplyDelete
  5. MamaYatie,
    haah kan kalu nak buat semua samapai ke tahun depan pun tak boleh duduk rumah tu... buat yg wajib jer kan

    ReplyDelete
  6. suziey,
    memang excited tapi poket tak berapa excited hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah..

    kakyong dulu masuk rumah baru, 2 bulan sblm kahwin, siapkan grill dulu.. grill tingkap & sliding door.. tu pun adik tolong buatkan.. tp abis gak hampir rm2k.. cat tak ganti pun sampailah hari ni, haru.. lampu & kipas semua pun habis rm2k++ gak.., brg2 perabot memang guna apa yg ada.. lepas kahwin baru beli sikit2.., itu pun dah kena makan anai2..

    sofa sampai skrg tak beli2 (dah xde bajet).. kitchen kabinet pun hanya tinggal dlm angan2, sbb bajet utk tu dah guna untuk kenduri kahwin....

    kalo org dtg rumah kami skrg ni sure ingat rumah ni rumah sewa.. sbbnya serba tak lengkap... x kesah la.. janji ade tempat berteduh & harta sendiri...

    kalo ade bajet nanti, buat la pelan2 apa yg boleh...

    ReplyDelete
  8. kakyong,
    bestnya masuk rumah sendiri sebelum kawin lagi.... saya ni kira dah terlewat... org lain dah ada 2 rumah..

    takpe kakyong sket2, kalu orang dtg umah saya pun saya segan gak sebenarnya... hehe tapi takper sebab sy pernah dengar, org lebih kisah ttg hidangan dan layanan kita daripada keadaan rumah kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...