Anak-anak belajar mengenal huruf tidak semestinya melalui buku, ada banyak cara yang ibubapa boleh praktikkan. Contohnya ketika dalam kenderaan, ada bas di hadapan, biasanya di badan bas penuh dengan iklan, tanya anak huruf apa yang ada, atau tengok nombor plat, papan iklan dan macam-macam lagi.
Anak yang sedang ingin belajar sangat seronok jika dia dapat kenal huruf dan baca sukukata pendek di mana-mana sahaja yang ada huruf dan perkataan
Suratkhabar salah satu buku segera yang boleh digunakan, hakim sangat gemar menulis di atas huruf di suratkhabar tapi kurang gemar menyebutnya, berlainan dengan aiesyah yang masih lintang pukang tulisannya tapi suka menyebut perkataan yang ditulis walaupun huruf J dikatakan G. Huruf a kecil suratkhabar membuatkan mereka konfius, hakim cakap a tu d, aiesyah pula cakap a itu e. A kecil yang mereka belajar lain bentuknya.
Semalam selesai solat ibu dengar pot-pet aiesyah yang asyik menulis, meniru abang hakim yang meninggalkannya kerana mengikut abah ke surau. Asyik sungguh dia menulis dan menyebut perkataan yang ditulis itu.
Di sekolah main-main (playschool) aiesyah belum belajar menulis, hanya mengenal, membaca dan yang banyaknya melalui nyanyian. Setiap hari ada sahaja lagu yang menghiburkan kami, lagu sekolah, lagu negaraku, lagu ABC, lagu AlifBaTa, doa-doa harian, zikir dalam bentuk nyanyian, dan macam-macam sehinggalah mengenal nama kawan-kawan juga melalui nyanyian. Memang sesuai sangat dengan aiesyah yang memang gemar menyanyi.... eh ikut sapa yer?
Bila ibu ajak main teka huruf dan nombor, siapa jawab dulu dia menang, ibu rasa macam sebaya saja anak-anak ibu dua orang ini, penguasaan yang hampir sama. Tapi jika menulis sudah tentu hakim yang menang, aiesyah sangat terror tulis A besar, H dan O, yang lain tu boleh tulis tapi tak nampak sangat rupabentuknya, semuanya menyerupai huruf H.... ke memang huruf H?
Notakaki: Jam 4 pagi, tunggu masa nak bersahur ni jika tidur takut terlepas pula....

bagus jugak la kak wan, kita tnya huruf2 yg ada kat sekeliling anak2..insyaallah dia senang nak ingat sebab dia bayangkan gambaran huruf tu..visualise..harap nnati nk guna pd anak
ReplyDeleteamirah, macam2 cara nak ajar anak kan... jika anak masih kecil elok digunakan flash card, memory anak2 ini sangat menakjubkan
ReplyDeletewan,
ReplyDeleterumah kami tak de newspaper.. ayhnya kedekut kan main nak beli..
btw, memang betui.. kdg2 landmark huruf yg besar pun leh ajar anak.. mcm sign McD.. Petrol pam... dll
pandai la aisyah tiru tulis huruf2...
kakyong,
ReplyDeletekami pun sama jarang sangat beli paper... banyak yg dapat free jer, husband selalu duk kutip hat opis dia...