Tidak pernah terlintas langsung di benak ini bahawa ibu akan berhenti kerja makan gaji kerana itulah matlamat semasa saya kecil dan masih bersekolah dahulu. Bila ditanya nanti besar nak jadi apa? Mesti jawapannya doktor, jawapan semasa sekolah rendah. Cita-cita berubah dari doktor kepada jurutera selepas mendapat result SPM kira-kira 14 tahun yang lepas.
Perubahan sedikit demi sedikit selepas ibu mula mencari jalan untuk bekerja sendiri (waktu itu masih lagi makan gaji). Lama kelamaan ibu merangka perancangan untuk memulakan sesuatu dalam hidup dan berhenti dari makan gaji. Terlalu banyak perubahan yang berlaku sebenarnya sukar untuk diceritakan, sedikit sebanyak boleh lah dikongsikan di sini. Perubahan ini amat terkesan di hati ibu dan sedikit sebanyak merubah orang-orang di sekeliling ibu terutama suami, anak-anak dan keluarga.
Perubahan Utama: Matlamat Hidup
Sukar untuk diungkapkan, mungkin sebelum ini matlamat hanya untuk bekerja, selepas mendapat kerja, kepuasan masih belum tercapai, mencari dan mencari matlamat hidup sebenar. Matlamat yang lebih jelas kelihatan hanya selepas ibu mula bekerja sendiri. Apa yang ibu mahu kejar dalam hidup ini, kehidupan yang singkat ini. Jika dulu impian hanyalah angan-angan tetapi sekarang impian bakal menjadi kenyataan.
Perubahan Kedua: Nawaitu Bekerja
Niat bekerja juga berubah selepas bekerja sendiri, mungkin kerana bekerja sendiri income ada turun naiknya, tidak sama macam makan gaji, tiap hujung bulan duit masuk. Secara tidak langsung meyakinkan ibu bahawa rezeki itu memang datang daripada Allah, manusia hanya sebagai perantara. Jika niat kita betul, InsyaAllah kerja kurang tekanan, seronok, Allah akan bantu kita dan income itu akan datang dengan sendirinya.
Perubahan Ketiga: Solat Dhuha
Semasa bekerja dulu ibu tidak pernah lakukan solat dhuha, keluar rumah jam 7 pagi dan sampai di pejabat hampir jam 8.30, bila dah di ofis mana nak solat dhuhanya kan, tapi sebenarnya boleh buat. Jika pekerja lelaki take 5 boleh ambil angin sambil hisab rokok, tidak salah take 5 untuk solat duha sebentar. Selepas bekerja di rumah ibu usahakan untuk solat dhuha kerana ini adalah solat yang dapat mendekatkan kita dengan Allah dan memohon agar dimurahkan rezeki.
Perubahan Keempat: Persepsi Tentang Rezeki
Teringat ketika mula mencari kerja pada akhir 2001, risau sangat jika tidak mendapat kerja kerana takde duit nak belanja. Selepas bekerja persepsi itu lagi kuat sebab jika diberhentikan kerja, bagaimana ibu hendak menyara keperluan hidup? Persepsi ibu ini telah berubah sekarang selepas bekerja sendiri kerana sebenarnya rezeki itu ada di mana-mana sahaja cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana caranya. Ya, ibu berubah kepada lebih optimis tentang duit dan rezeki.
Perubahan Kelima: Masa Anak-Anak
Banyak masa ibu berada di rumah bersama dengan anak-anak membuatkan ibu berfikir 'kenapalah selama ini ibu hanya membiarkan masa anak berlalu begitu sahaja tanpa berkara yang berfaedah? Di rumah pengasuh dahulu apa yang anak-anak ibu dapat selain dari bermain dan menonton tv?' Sedangkan anak-anak ini sangat senang diajar dan mereka seperti sponge yang menyerap apa sahaja. Bermula dari sini ibu usahakan untuk ajar anak-anak di rumah basic membaca, iqra dan asas matematik.
Perubahan Keenam: Masa Berkualiti Keluarga
Semasa bekerja dulu memang ibu cuba untuk luangkan masa berkualiti dengan keluarga terutama anak-anak tetapi selalunya quality time itu bertukar menjadi moody time bila anak-anak asyik merengek mahukan lebih perhatian selepas ditinggalkan seharian. Penat sentiasa menjadi alasan pada waktu itu. Sekarang masa bersama anak dan suami terasa lebih bermakna kerana ibu tidak sabar menantikan kepulangan mereka setiap hari, mendengar cerita mereka, apa yang mereka belajar, mereka makan dan apa sahaja asalkan bersama mereka.
Perubahan Ketujuh: Lebih Berjimat
Tidak pasti adakah lebih jimat atau kurang budget sekarang ni, merayau ke shopping complex tiada dalam jadual bulanan ibu, mungkin juga kerana ada perkara lain yang perlu didahulukan atau ibu lebih menhargai setiap wang yang dapat hasil dari titik peluh sendiri. Dulu ketika gian bershopping, banyak benda yang akhirnya menjadi suatu pembaziran. Ibu tidak mahu mengulang kesilapan itu lagi, semahu mungkin menggunakan wang dengan berhemah. Matlamat kewangan, sedekah, ramai lagi orang lain yang memerlukan.
Perubahan Kelapan: Ketenangan Fikiran
Sukar untuk diceritakan tetapi perubahan ibu sekarang memberikan 1001 ketenangan yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Walaupun perjalanan masih jauh dan banyak lagi yang ibu perlu kejar untuk mencapai impian tetapi ibu berharap supaya ibu berada di landasan yang tepat. Ibu hanya perlu berjalan, berlari dan kerahkan seluruh tenaga sekarang untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai di kemudian hari, InsyaAllah.
Ini semua antara perubahan yang berlaku selepas ibu bergelar Working at Home Mom, ya WAHM kerana ibu belum menyewa premis di luar rumah. Ini antara perkongsian ibu sebenarnya jua sebagai entry untuk The Honeybunch Giveaway yang akan tamat pada 30 Julai ini.
Hadiah sangat menarik dan disponsor oleh;

singgah sini..
ReplyDeletegud luck yer :)
salam wan
ReplyDeletesangat setuju terutama tentang rezeki, allah sahaja majikan kita yang sebenar-benarnya
sikit atau banyak ia tetap rezeki, malah pergantungan sepenuhnya kepada maha pemberi rezeki
walau pun tidak sama, tetapi hati sangat tenang
Salam Wan. Noted with thanks! Good Luck! :)
ReplyDeleteSalam Wan,
ReplyDeleteSangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Terutama bab rezeki. kebetulan hubby sy pun bekerja sendiri..dapat rasakan bagaimana kerdilnya kita dan sepenuhnya bergantung kepada rezeki Allah S.W.T. Dan apabila mendapat rezeki dari sumber tak disangka2 itulah yg menambahkan lagi keyakinan kita kepadaNya.
betul tu..rezeki dr Allah. rezeki dtg dr usaha & penat jerih sendiri tentunya lebih bermakna & insyaallah berkat.
ReplyDeleteWan Anie,
ReplyDeletevery well written.. tulisan dari hati.. pasti menyentuh hati lain yang ingin menjadi WAHM...
gud luck..
kakyong ni juga yg belum ada mood nak menulis untuk contest ni... banner dah tepel dr awal.. huhhuuuu
congrats for hanz GA.
ReplyDeletecongrat menang GA ni.
ReplyDeleteWAHM...salah satu impian aida juga satu masa dulu. da decide age 40 nak jadi WAHM if masih makan gaji swasta. namun, rezeki Allah tak disangka, dpt jadi org gomen. nampak nyer, WAHM jadi sekadar impian yg takkan jadi kenyataan...
CikLilyPutih,
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan dan ucapan
Aida,
ReplyDeleteterima kasih, mana tahu kan suatu hari nanti.... saya doakan yang terbaik untuk AIDA
saya pun dlm perancangan untuk jadi WAHM..InsyaALLAH hujung tahun ni kalau takda aral melintang.
ReplyDeleteAkak doakan yang terbaik untuk Ainul
ReplyDelete