Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Penyayang
"Ampunilah dosaku Ya Allah, dosa suamiku Ya Allah, dosa kedua orang tua kami Ya Allah, Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu Ya Allah"
Segala pujian hanya layak untukMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.
Rezeki, jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan, tapi kita perlu mencari rezeki dan jodoh, ajal itu akan datang sendiri tiada lewat dan tiada awal cuma kita boleh berdoa supaya Tuhan memanjangkan umur kita.
Kita perlu yakin dan percaya bahawa rezeki memang datang dari Tuhan, bukan dari manusia atau haiwan peliharaan kita. Ada orang yang sanggup buat macam-macam kerana menganggap individu tertentu itu memberinya gaji, jika dia tidak suka kita tak naik pangkat lah kita jawabnya. Ada yang sayangkan lembu-kambingnya daripada anak sendiri kerana itu adalah punca rezekinya.
Tidak salah menyayangi manusia, tidak salah berbaik dengan binatang kerana memang itu pun yang dituntut dalam agama, tetapi rezeki kita dapat kerana Allah yang memberinya kepada kita. Manusia, binatang dan segala benda di sekeliling kita adalah sebagai perantara sahaja.
Kita sudah buat bermacam perkara, segala usaha tetapi rezeki tidak berpihak kepada kita, kenapa? Mungkin kerana niat tidak betul, cara tidak kena, atau belum cukup usaha. Jika semuanya ya mungkin rezeki itu datang dalam bentuk yang lain.
Walaupun duit kurang dipoket, kereta tidak mewah, rumah tidak besar tapi ketenangan fikiran, anak-anak yang baik, suami yang menyayanyi kita itu adalah rezeki yang tidak ternilai sebenarnya. Setiap individu mungkin berbeza-beza bentuknya, bersyukurlah bila melihat orang lain yang lebih naif daripada kita.
Jika bersyukur Tuhan akan tambahkan nikmat kepada kita, jangan asyik mengeluh sahaja. Berusaha dan berubahlah!
Jika sebelum ini kita kurang usaha, tambahkanlah.
Jika sebelum ini kita kurang meminta daripada Nya, mintalah
Jika sebelum ini kita hanya tahu meminta daripada orang, berilah
Jika sebelum ini kita hanya mengeluh, perbaikilah
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selalu sebut;
Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga.

"Bila kita berubah, maka Allah akan ubah semua orang di sekeliling kita"Perubahan ini bagaikan satu keajaiban, untuk merubah orang di sekeliling kita, kita perlu berubah dahulu. Hanya kita yang boleh merubah diri kita, hanya kita yang tahu menilai sendiri samada kita telah berubah atau sebaliknya.
Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga.
betul la kak wan..percaya pada Allah..
ReplyDeleteterima kasih share peringatan ni..teringat kata2 Prof.Izi..rezeki bukan duit semata2; kesihatan yang baik, terselamat dari bencana/kemalangan juga adalah rezeki. Subhanallah, kita ni jer selalu tertutup minda kan.
ReplyDeleteperkongsian yg bagus..
ReplyDeleteanak2 yg berjaya soleh solehah & keluarga yg bahagia adalah rezeki yg tiada tolok tandingnya...