Ibu tahu mungkin ramai lagi di luar sana yang bercita-cita untuk bekerja sendiri di rumah, jika tidak bekerja langsung tapi duit masuk lagi bagus kan? hehe tapi mana mungkin duit datang bergolek, kenalah berusaha...
Walau sudah bergelar surirumah, ilmu tetap perlu dicari dan disemai kepada anak-anak pula. Ibu tidak boleh hanya duduk di rumah sahaja kerana beraktiviti seakan sudah sebati dengan jiwa. Mana mungkin duduk terperap di rumah sahaja tanpa bergaul dan bersosial.
Kenapa ibu seronok bekerja di rumah?
1. Jadual sendiri
Tidak perlu mengikut jadual orang lain, kejar duedate ntah ke apa sebelum ini, sebab semuanya sendiri. Walaupun di rumah jadual kerja tetap ada, duedate kena juga dikejar tapi semua itu untuk diri sendiri, kepuasan diri sendiri, kerja untuk diri sendiri dan keluarga, bukan kah lebih bahagia daripada bersusah untuk orang lain? Bersusah payah kerana kerja sendiri jauh lebih seronok!
2. Masa Fleksibel
Bila ibu mula aturkan jadual sendiri maka masa kita lebih fleksibel, hari apa ibu mahu berjalan-jalan, hari apa mahu fokus on kerja, bila nak pergi bercuti. Lebih best lagi jika abah juga bekerja sendiri seperti ibu, InsyaAllah suatu hari nanti, kami berusaha ke arah itu.
3. Masa dengan anak-anak
Senang hati ibu bilamana anak tidak berapa sihat ibu tidak perlu risau kerana ada kerja yang tidak siap di pejabat. Anak-anak tidak perlu setiap hari ke taska, kecuali yang telah bersekolah, dan bila anak-anak balik ibu telah bersedia menyambutnya di rumah dengan keadaan rumah yang sudah beres. Seluruh masa di rumah diperuntukkan untuk bersama anak-anak, melayan mereka sahaja.
4. Masa dengan suami
Maklum sahaja dulu, ibu kerja ke utara abah ke selatan, sekarang ibu banyak berada di rumah, jika keluar selalunya abah temankan. Banyak masa kami luangkan bersama sekarang, gembira bila dapat sediakan makanan tengahari bila abah pulang waktu rehat.
5. Masa Bekerja
Boleh aturkan sendiri bila masa ibu hendak bekerja dan membuat kerja rumah, jika dulu perjalanan ke tempat kerja hampir satu jam sekarang satu jam itu sudah boleh macam-macam. Pagi-pagi tidaklah kelam kabut bila abah dan anak-anak hendak keluar, ibu boleh hantar sampai ke kereta dan melambai dengan kasih sayang di pagar rumah. Bila pulang anak-anak cukup seronok sebab dia tahu ibu sudah menunggu mereka di rumah kerana jika sebelum ini anak yang menunggu sebab ibu selalu pulang lewat.
6. Masa Ibu
Setiap ibu perlu luangkan masa ibunya sendiri, ini adalah privacy time kita, jika bekerja boleh ambil cuti sehari dalam sebulan mungkin juga cuti halfday untuk merehatkan diri, bagi yang bekerja sendiri seperti ibu ini pilih saja bila masanya yang sesuai. Bagi surirumah sepenuh masa di rumah setkan supaya suami menjaga anak-anak di rumah dan anda keluarlah untuk buat aktiviti yang anda gemari. Seronok!
7. Kepuasan Bekerja
Ibu belum lagi mendapat kepuasan yang sebenar dalam bekerja sendiri ini kerana banyak lagi yang perlu ibu kejar. Perasaan seronok dan gembira sekarang selepas bergelar WAHM tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, hanya yang merasainya sahaja yang tahu. Ini bergantung kepada individu mengikut kesukaan dan keseronokan bekerja masing-masing.
Dalam banyak-banyak sebab, sebab ke-7 adalah yang paling penting buat ibu. Jika kita gembira dan seronok dengan apa yang kita buat InsyaAllah, yang lain-lain akan datang. Selamat bekerja!
ala kak wan ni..buat ai jeles tau..wa wa wa..takmau keje..nak duk umah gak..tp duk umah pun byk keje kan kak wan..moga sukses dgn bisnes..: )
ReplyDeleteuhuhu..jelessss!!! saya pun ada pasang impian mcm tu..tngh cari & merancang 'sst' ke arah itu. doa2kn semoga cpt tercapai..tp yg pasti bukan thn ni..hehehe
ReplyDeleteheheh.. bila dah terbiasa di rumah, memang tak sanggup dah utk berpatah balik utk kerja 8-5... ;)
ReplyDeletekakyong skrg ni bab nak minta suami jaga anak tu yg susah sekali..
nak g memana pun, kdg2 kena angkut 3-3 sekali... rasanya mana2 ibu yg jd WAHM akan lebih bahagia bila mendapat sokongan penuh dr suami..
skrg ni redah jer buat kerja bila ada ruang masa.. susah sikit nak fix dgn 1-1 jadual..
fuuuhhh, ade org nampak senang je dok rumah ni.. tp bekerja di rumah ni byk cabaran nya.. lebih lagi bila x dpt sokongan & pemahaman dr suami...
setuju dgn pendapat kak wan dan kakyong..byk cabarannya walaupun keje sendiri kat rumah..mcm idah pun dah 4thn buat bisnes online bekerja dr rumah...
ReplyDeletemcm2 cabaran ada...sokongan suami mmg amat2 penting..sbbnya keje kat rmah tak pernah habis..
apa2 pun idah suka keje sendiri seperti skng..(tak pernah pun ada pengalaman keje dgn org..)..