Bismillah
Ibu bukan pakar kanak-kanak, pengalaman pun masih cetek, ibu hanya ingin kongsikan dengan semua apa yang ibu dapat semalam semasa mendengar topik tips keibubapaan.
Sebenarnya tiada istilah anak nakal, kerana anak dilahirkan suci dan bersih, anak terbentuk perangainya kerana didikan daripada ibubapa mereka. Jika anak nakal sebenarnya ibubapa lah yang gagal mendidiknya.
Ada yang mengatakan, sebelum berkahwin, perempuan lebih banyak bercakap dan lelaki mendengar.
Selepas kahwin, isteri banyak menurut kerana suami banyak bercakap dan isteri kena dengar.
Bila punya anak, ibu bapa masing-masing mahu bercakap sehingga jiran dengar.
Dengan istilah lain, bercakap sambil menjerit-jerit, ia sangat memalukan. Ada ibubapa yang sentiasa menjerit kepada anak-anak apabila anak tidak mendengar bila disuruh sekali.
Cukuplah menjerit, anak-anak juga punya harga diri, mereka juga merasa jatuh harga diri apabila dijerit-jerit walaupun oleh ibubapa mereka sendiri. Minta dijauhkan anak kita dijerit oleh guru-guru atau pengasuh mereka. Apabila anak sudah biasa disuruh mendengar dengan jeritan maka bimbang anak tidak akan mendengar dengan cara lembut.
Tips mengendalikan anak yang sukar untuk mengikut arahan, duduk biar level kita dan anak sama dengan kata lain rendahkan badan, pegang muka dan pandang mata anak. Biar mata bertentang mata pada aras yang sama. Cakap dengan nada yang perlahan dan jelas.
Anak-anak adalah cermin kepada ibubapanya. Diceritakan tentang seorang isteri yang mendakwa sentiasa didera oleh suaminya berjumpa dengan kaunselor dan membawa anaknya yang masih kecil. Semasa ibunya syik bercerita tentang masalahnya kepada kaunselor tersebut, dek kerana rasa bosan anak kecil itu mencekik ibunya. Kaunselor itu faham bahawa perangai bapanya telah sampai kepada anaknya. Cabaran kepada ibunya sekarang untuk membuang sikap tidak sabar bapanya yang telah melekat di minda anak kecil itu.
Ilmu keibubapaan ini tidak datang dengan semulajadi kerana yang semulajadi itu mungkin bukan cara didikan anak yang betul. Ilmu perlu dipelajari. Bimbang jika kita salah mendidik.
Ibubapa yang tidak ambil kisah, anak-anak akan membesar dengan kurang keyakinan diri, sentiasa ambil berat, tanyakan apa yang patut kepada anak, cakna apa yang berlaku kepada mereka.
Berilah perhatian kepada anak, jika perhatian itu adalah ubat, maka ubat ini adalah yang terbaik untuk menyembuhkan segala penyakit yang sediaada.
Ibu bukan pakar kanak-kanak, pengalaman pun masih cetek, ibu hanya ingin kongsikan dengan semua apa yang ibu dapat semalam semasa mendengar topik tips keibubapaan.
Sebenarnya tiada istilah anak nakal, kerana anak dilahirkan suci dan bersih, anak terbentuk perangainya kerana didikan daripada ibubapa mereka. Jika anak nakal sebenarnya ibubapa lah yang gagal mendidiknya.
Ada yang mengatakan, sebelum berkahwin, perempuan lebih banyak bercakap dan lelaki mendengar.
Selepas kahwin, isteri banyak menurut kerana suami banyak bercakap dan isteri kena dengar.
Bila punya anak, ibu bapa masing-masing mahu bercakap sehingga jiran dengar.
Dengan istilah lain, bercakap sambil menjerit-jerit, ia sangat memalukan. Ada ibubapa yang sentiasa menjerit kepada anak-anak apabila anak tidak mendengar bila disuruh sekali.
Picture taken [here]
Tips mengendalikan anak yang sukar untuk mengikut arahan, duduk biar level kita dan anak sama dengan kata lain rendahkan badan, pegang muka dan pandang mata anak. Biar mata bertentang mata pada aras yang sama. Cakap dengan nada yang perlahan dan jelas.
Anak-anak adalah cermin kepada ibubapanya. Diceritakan tentang seorang isteri yang mendakwa sentiasa didera oleh suaminya berjumpa dengan kaunselor dan membawa anaknya yang masih kecil. Semasa ibunya syik bercerita tentang masalahnya kepada kaunselor tersebut, dek kerana rasa bosan anak kecil itu mencekik ibunya. Kaunselor itu faham bahawa perangai bapanya telah sampai kepada anaknya. Cabaran kepada ibunya sekarang untuk membuang sikap tidak sabar bapanya yang telah melekat di minda anak kecil itu.
Ilmu keibubapaan ini tidak datang dengan semulajadi kerana yang semulajadi itu mungkin bukan cara didikan anak yang betul. Ilmu perlu dipelajari. Bimbang jika kita salah mendidik.
Ibubapa yang tidak ambil kisah, anak-anak akan membesar dengan kurang keyakinan diri, sentiasa ambil berat, tanyakan apa yang patut kepada anak, cakna apa yang berlaku kepada mereka.
Picture taken [here]
slm knl..sy copy utk kongsi dgn suami..thnkss
ReplyDeletebetul kak wan..anak-anak cerminan kita..mmng anak-anak akan serap apa yang ibu bapa dia ajar atau buat di depan dia..gud info..thanks
ReplyDeletekinna,
ReplyDeleteberkongsi utk mendapat kebaikan tiada salahnya, cuma ini adalah perkongsian drpd apa yg saya dengar
amirah,
ReplyDeletehaah betul tu.... macam sponge kan ramai yg cakap macam tu, tapi biarlah apa yg diserap itu membawa kebaikan kepada mereka
yer la betul tu kan, jerit2 pun kdg2 lagi dia org tak dengar..the best way yg saya selalu buat, cuba buat & cuba amalkan "meh sini kat mama, give me ur big hug" then br slow talk dgn dia org..lagi EFFECTIVE! anak2 hari ini lebih suka kita terangkan kenapa & mengapa dr dngr kita jerit2.
ReplyDeleteMamaYatie,
ReplyDeletepandai diplomatic dgn anak2, boleh belajar nih :D
setuju..
ReplyDeletedulu rajin gak jd tarzan.. sampai adik2 kakyong gelak.. sbb suara jeritan tu buat anak2 gelak... gamaknya tak cukup nyaring kot suara ibunya.. tu yg anak2 gelak... pastu kita plak yg rasa cam nak hilang suara,...