Salam pagi Jumaat, semoga hari ini diberi kebahagian dan ketenangan kepada kita semua, ibu mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya, harap anda pun begitu juga. Semoga semangat ini tidak akan padam dan berterusan.
Hari ni ibu masih lagi di booth Hospital Sungai Buloh, ibu lah pengurus dan ibulah kuli, cuma ibu sedikit terkilan dengan EBM, seharian di luar bukan alasan untuk tidak menyediakan makanan anak, kerana menjaga booth seorang diri, semalam ibu terlupa untuk buat stock ebm Umar. hari ni ibu pasrah Umar ke taska tanpa susu ibu.
Letih, memang letih bila pagi keluar malam baru sampai rumah, anak-anak akan datang jemput ibu di hospital petang, lepas maghrib kami pulang. Tengokkan anak-anak hilang penat ibu, hilang lelah ibu. Mereka adalah penghibur dan apa yang ibu buat ini pun demi mereka, sekarang bukan lagi masa bersenang dan goyang kaki, setiap kejayaan bermula dari kesusahan, kepayahan, jerit-perih.
Bacalah profile kejayaan usahawan terbilang, jutawan terkenal, mereka semua bermula dari kosong, dari tiada apa-apa, dari bawah. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Pengorbanan dan kesusahan hari ini adalah untuk 'sesuatu' di hari esok, InsyaAllah.
Entri ringkas sebelum bergerak sebagai pembakar semangat :-)

semoga terus berjaya kak
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteAnie bukak booth jual gapo ye? apa2 pun good luck. BTW, tok sempat lg nok masukkan duit nok beli handbag tu. nanti next week ye sy try gi bank.
amrah,
ReplyDeleteterima kasih sebab selalu comment kat sini, thanks for your support also
Nur,
ReplyDeletesaya jual baju dan keperluan bayi dan kanak-kanak.... takpo, saye sipe tuk NUr...
salam wan.. dah buka booth yer. Tahniah..lama betul tak baca blog wan.. blog sendiri pun dah bersawang... Semoga berjaya dan terus berjaya!!
ReplyDeleteterima kasih ida...!
ReplyDeletewan anie..
ReplyDeletekegigihan/kesukaran masa kini akan jadi kenangan manis bila sudah benar2 berada tangga kejayaan nanti..
selamat maju jaya... tumpang gembira dgn kemajuan wan anie..
miela, adk ipar kakyong juga ade buka kiosk di Giant Tambun.. dia upah org jaga, tp tau2 jer lah, kdg2 pembantu ni mcm2 fe'elnya.. memang nampak la dia sibuk ke sana-sini.. weekend pun sibuk.. nak ajak dtg rumah pun kan main susah lagi.. sampai rumah dia pun kena upah cleaner utk cuci/kemas 2,3 kali 1 minggu...