Hari ini merupakan Hari Ahad terakhir bagi bulan April 2011, bersamaan 20 JamadilAwal 1432H.
Hampir jam 4 petang baru kami sampai di rumah, keputusan ibu melihat perlawanan futsal dan bola jaring anak-anak. Tidak sabar untuk melihat gambar-gambar sekitar Sarakids Gathering hari ini. Seawal pagi kami keluar;
Duit booth dan gathering telah dibayar, tapi sayang tak dapat hadir di saat akhir, ibu bercadang untuk membawa anak-anak berjumpa rakan sebaya mereka dan berseronok di Denai Alam hari ini tapi inilah keputusan ibu. Walaupun mungkin ini bukan keputusan terbaik tapi inilah ibu yang sentiasa mendahulukan keluarga dan anak-anak. Tujuan sebenar ibu hendak menyertai Sarakids Open Day adalah untuk anak-anak, sambil menyelam minum air buka gerai jualan sambil buat promosi dan memperkenalkan Comel Lote Collections kepada ibu-ibu yang hadir.
Sampai sahaja di stadium, semua sudah bersedia di garisan masing-masing;
Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi nasihat dan idea, jarak dari Kuala Kubu Bharu ke Shah Alam sekitar 90km dan perlu mengambil masa antara 1 jam ke 1 jam setengah. Takut nanti jadi seperti kisah Pak Pandir hendak ke 2 kenduri di hari yang sama, 2-2 terlepas. Tidak mengapa asalkan wajah-wajah ini bahagia;
Ibu tahu abah bercakap demikian untuk menyenangkan hati ibu tetapi ibu kasihan, tidak sanggup membiarkan abah menjaga anak-anak kita sendirian. Walaupun ibu tahu dan yakin memang abah boleh melakukannya. Sambil tengok anak bersukan, seorang nak makan aiskrim yang seorang lagi nak poo-poo... macammana tu?
Pasukan futsal;
Peneman ibu; ini dia hadiah dari seorang sahabat yang kenal melalui maya, sungguh baik hati, terima kasih Mas!
Hasil hari Ahad
Seronok...! Pasukan Hakim berjaya mendapat tempat ke-3.. ok lah kan? Pertandingan bukan hendak menentukan siapa yang kalah, tetapi siapa yang menang! Tiada istilah kegagalan, yang ada hanyalah keputusan.
Apa sahaja keputusan yang anda lakukan, sudah tentu keputusan itu yang terbaik, anggap sahaja begitu :D
p/s: Hari ini ibu di putrajaya lagi, Kem Luar Bandar & Wilayah, nak datang jom... sms ibu kosong satu kosong tiga tiga empat kosong lima lapan sembilan.

ala...seronoknya umar..kak, ahmad pun ada kasut mcm umar..comel..hehe
ReplyDeleteyer la..bab2 anak2 mmg susah nak kopromi..itulah pengorbanan ibu!
ReplyDelete