Skip to main content

Dinasour mengamuk di Bukit Kiara - Dinosalive

Bismillah, Assalamualaikum kepada semua ibu-ibu dan sahabat yang budiman.

Alhamdulillah dapat juga mencoretkan sesuatu di sini hari ini selepas beberapa hari (ke minggu?) tidak mengemaskini blog. Bermula dari modem yang rosak kemudian power adapter laptop, sekarang jalur lebar yang selalu terganggu, dalam 5 minit kena disconnect dan connect semula.

Tidak sempat saya ceritakan tentang Mom & Baby EXPO baru-baru ini, selesai expo ibu bawa anak-anak tengok dinasour. Sekarang ini berlangsung Pameran DinosAlive di Pusat Sains Negara, jika tidak salah ianya telah bermula dari Nov 2010 dan akan berakhir hujung Mei ini.


Dinasour mengamuk....!

Mencari mangsa.....

Sudah lama ibu tidak ke sini, kali terakhir semasa bujang atau semasa Hakim masih bayi, entah sudah betul-betul lupa. Nampaknya keputusan untuk melihat dinasour sangat menggembirakan Hakim, dan mungkin tidak bagi Aiesyah dan Umar yang pegang erat tangan ibu dan abah bila melihat dinasour yang bergerak itu.


Seronok ke terkejut tengok gergasi di depan mata, tak berkelip Umar, tengok lah tangannya tu....

Walaubagaimanapun begitu, anak-anak tetap gembira dapat bermain dan berseronok sambil membuat ekperimen dan ekplorasi di sana, selepas penat berjalan, lepaskan anak-anak di tempat permainan untuk up energy mereka. Bermain bagi orang dewasa mungkin memenatkan tetapi nampaknya tidak bagi kanak-kanak, bermain membuatkan mereka lebih bertenaga!


Tips: jika anak-anak nampak bosan dan penat, lepaskan mereka di tempat permainan yang sesuai bersama rakan sebaya, bosan bertukar gembira, penat bertukar tenaga. hehe..

 Eh! Mana Umar...?


Ini bunga betul ke olok-olok, tak ada bau pun, eh tercabut pulak! :D

Jangan lupa bawa bekalan air mineral, snack dan biskut. Anak-anak ibu memang tidak boleh kekeringan air, air mineral memang barang wajib bawa, kalau boleh seorang sebotol, tidak perlu beli air mineral di kedai, bawa sahaja tumbler dari rumah.

Tidak tahu hendak ke mana hujung minggu? Jom pergi ke DinosAlive memang seronok di sana tetapi jangan cuba menakutkan anak-anak yang tidak berani, bukan anak tapi ibu pun kecut perut bila tengok dinasour macam ini.

Comments

  1. kami dah bawak anak2 ke Pusat Sains Negara tengok Dinos Alive tu. Hafizah pun takut jugak. Fathini yg berani dan gembira sgt dpt main.

    ReplyDelete
  2. berhajat jugak nak bawak..tp tengah duk pikir2..takut nnt mama & papa jer yg beriya tngk dinasor,kui3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...