Sedar tak sedar kita telah berada di separuh kedua tahun 2011, sudah beberapa hari kita meniti Bulan Rejab, hari ini sudah masuk hari ke-7.
Ibu mendaftar dengan Google Adsense sejak Oktober 2009, masa tu guna kaedah cuba jaya, tidak pandai apa-apa mengenai Google Adsense, cuma tahu copy html format iklan masukkan dalam blog.Padahal sekarang guna kaedah yang sama juga :)
Bulan pertama ibu hanya dapat $0.14 sahaja, meningkat kepada $3.78 di bulan yang kedua, dan begitulah seterusnya. Pendapatan paling tinggi hanyalah $11.49 pada Julai 2010.
Lama betul ibu menunggu untuk merasa hasil Google Adsense yang pertama, selepas 20 bulan! Apa yang ibu suka tentang Google Adsense ialah tidak pelu menunggu lama untuk mendapatkan cek dengan kaedah Western Union Quick Cash.
Bila earning mencapai $100, maka secara automatik Google akan transfer payment kepada kita. Apa yang perlu kita buat cuma print Statement of Earning dan IC pergi ke mana-mana Western Union Agent, ibu pergi ke CIMB terdekat sahaja, tapi ada yang kata RHB ratenya lebih tinggi.
Tidaklah banyak mana pun dapat dalam $103.10 sahaja, dalam RM310.70. Walaupun kecil jumlahnya tapi sebab dapat percuma, first time pulak tu itu yang ibu suka!
Comments
Post a Comment