Skip to main content

Selamat Hari Lahir!

Kesyukuran hanya layak dipanjatkan kepada Mu Ya ALLAH, atas kurniaan rezeki yang tidak pernah padam.

Kesihatan yang baik sehingga ibu mampu untuk menjalankan ibadah dengan baik, menguruskan kerja rumah dan mencari rezeki yang halal
Rumah yang luas dan selesa untuk kami sekeluarga berlindung dan memanfaatkan masa bersama
Makanan yang melimpah ruah, tidak pernah sehari pun kami kesuntukan wang sehingga tiada apa yang boleh dimakan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk sama membantu saudara yang tidak bernasib baik

Suami yang menyayangi dan sentiasa memahami, menyokong dan menjadi tulang belakang yang kuat dalam setiap perkara yang ibu lakukan
Anak-anak yang sempurna, sihat dan yang paling penting, anak-anak ibu semuanya baik-baik, pandai, bijak, anak yang soleh juga solehah
Keluarga yang baik dan memahami, sangat membantu dikala kesusahan, gembira dikongsi bersama InsyaAllah.

Terlalu banyak nikmat pemberian sehingga tidak dapat diungkap semuanya. nikmat Iman dan Islam yang sangat besar nilainya.

Hari ini genap umur ibu 32 tahun jika dikira dalam tahun Masihi, sungguh terharu kerana ramai yang mengucapkan 'Happy Birthday, Selamat Panjang Umur, Selamat ulangtahun' tidak kira lah di Facebook atau SMS dan lain-lain. Terima kasih semua atas ingatan. Sungguh peranan fb amat positif dalam mengeratkan silaturrahim antara kita kan? Walaupun ada yang ibu sendiri tidak kenal hanya melalui fb tapi anda adalah inspirasi dan pemangkin semangat. Terima kasih sekali lagi.

Semakin meningkat usia semakin pendek usia kita sebenarnya kan? Semakin dekat kita akan mengadap Pencipta....

Ibu pernah terbaca dalam Buku Rancang Hidup Rancang Wang tulisan saudara Hamdi;
Jika hendak mencuba sesuatu biarlah sebelum umur 35 tahun kerana kita masih banyak tenaga
Ya memang ada benarnya, jika hendak mengandung pun biarlah sebelum 35 :) kerana mengandung di usia lewat ada risikonya. Ibu masih punya ruang untuk mencuba sesuatu yang baru, jika hendak mulakan diusia tua bimbang takut tidak kesampaian dengan keterbatasan masa dan tenaga yang ada.  

Sambutan hari lahir? Memang tiada apa-apa sambutan hari ini kerana ibu dan abah puasa hari ini. Malam nanti jika ada perubahan plan, itu pun belum tahu lagi. Ada perancangan untuk membuat perubahan pada tahun ini, hendak berikan hadiah pada orang lain. Bagi ibu memberi itu memberikan lebih kepuasan berbanding menerima apabila melihat orang yang menerima gembira.

Bila orang di sekeliling kita gembira sudah tentu impaknya kepada kita juga kan?

Macam bercucuk tanam, bila pokok yang ditanam hidup subur, sudah tentu kita yang terlebih gembira...

 pokok buluh betung madu

 pokok kelapa pandan dan pokok-pokok pisang :)

pokok kuinin

Ini ucapan hari lahir atau hari pokok sedunia? hehe 

Apa-apa pun semoga anda semua gembira dan ceria hari ini kerana bila anda gembira ibu juga turut gembira :)

Comments

  1. Selamat Hari Lahir Wan. Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah supaya kita dapat membesarkan zuriat kita dan membimbing mereka ke jalan yang diredhaiNYA. Gembira bila lihat teman2 berjaya dalam kehidupan. Semoga Wan dan family berjaya diDUNIA dan di AKHIRAT. Aminn...

    ReplyDelete
  2. Hari yang ceria la nih yer? Selamat ulang tahun, semoga bertambah murah rezeki dan diberkati.

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun kelahiran kak wan..semoga terus berjaya..

    ReplyDelete
  4. bila baca Anie tulis psl mengandung sblm 35 tu, tiba2 rasa mcm erm... mcmm tak banyak masa dah kalau nak tambah lg ni. huhu

    ReplyDelete
  5. Ida,
    Amin...amin, semoga kita sama2 berjaya...

    ReplyDelete
  6. Yang baik,

    Ya memang pun hari-hari ceria :)

    Terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak Amirah, doakan kebahagian Amirah sekeluarga juga :)

    ReplyDelete
  8. Nur,

    Haah, memang kita ni dah tak punya banyak masa... cepat-cepat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...