Berjaya dari perspektif orang akademik ialah mereka yang memiliki pendidikan tertinggi Ph.D
Berjaya dari perspektif orang teknikal apabila menguasai satu kemahiran di tahap yang dianggap profesional
Berjaya dari perspektif orang berniaga apabila bergelar jutawan
Anda ingin berjaya dalam perspektif yang mana?
Kalau boleh ibu nak berjaya dalam semua bidang, akademik, kemahiran dan perniagaan.
Ini adalah kejayaan yang boleh diukur dan nampak arasnya, dalam pada mengejar aras kejayaan ini jangan lupa pula kejayaan abadi yang akan kita bawa untuk bekalan hari esok.
Itulah kejayaan yang hakiki.
Itu pula yang terlintas di benak masa ini kerana ibu masih di sini (di kedai yang baru buka ini) belum ada pekerja tetap jadi semuanya kena urus sendiri. Ibu ada terbaca jika niat kita berniaga baik, ikhlas kerana Allah maka pekerja yang akan bantu kita juga akan menjurus ke arah kebaikan, InsyaAllah.
Walaupun belum ada pekerja tetap, sudah ada 2 pekerja sukarela di sini, seorang shift pagi dan seorang lagi shift malam, maka jaga anak juga ada 2 shift
Malam ini pekerja shift malam mahu tukar shift pula, owh rupanya ada bola sepak kan? Emm takpe bagi chance
Esok pagi ada urusan di karangkraf, semoga semuanya berjalan dengan baik, ibu belum google di mana lokasi pejabat karangkraf di Shah Alam. Hal apa? Nanti ibu cerita di episod yang lain.....
Pekerja shift malam ini sudah menguap, uh boleh tahan jugak kerja keras di malam hari, belum lagi jam 10, maklum sahaja pekerja shift malam ini biasanya tidur jam 9, tolong lah jangan tukar shift lagi
Bila mengantuk, belek gambar-gambar teringin pula dengan kacang badam dengan kulit ini.
Sebelum makan kacang kena lah ketuk kulitnya dulu, kemudian jadi seperti kacang lupakan kulit..... rasanya seperti kacang badam yang dipanggang, kulitnya dibuang... (memang betul lah lupakan kulit)
Cukup lah merapu malam ini, esok ada agenda yang lain pula, jumpa lagi.
insyaallah..bila kita jujur & ikhlas mesti Allah akan tunjukkan jalan & permudahkan urusan kita...
ReplyDeletehehee..jam biologi mmg amik masa nak diejas..kalo dah biasa tidur waktu sekian2..maka perlu sket masa nak diejas ke sekian2..
InsyaAllah, saya juga harap begitu, Alhamdulillah staff baru 2 hari bekerja, setakat ini saya berpuas hati :D
ReplyDeleteJam biologi? hehe .. yatie hari ni saya shift tengahari ke petang jer :)
ukuran kejayaan sendiri bg sy ialah kita sendiri yg berpuas hati dgn apa yg sudah dicapai. selalunya tak sama dgn org2 lain.
ReplyDelete