Skip to main content

Anak Kencing Malam

Anak ibu yang bongsu Umar dalam latihan buang air di tandas, hampir 6 bulan sudah Umar tidak menggunakan sebarang diaper tidak kira siang atau malam. Ibu tidak mahu Umar keliru dan mengambil ringan untuk buang air di mana-mana sahaja yang disukainya. 


Setiap perkara perlukan latihan, macam itulah juga dengan latihan ke tandas ni, sebab itu berlaku keciciran dalam proses latihan ini. Aiesyah dulu hampir 4 tahun pun masih lagi keciciran terutama waktu pagi.

Proses latihan memerlukan sedikit tenaga dikeluarkan seperti membasuh toto hampir setiap hari, jika tidak maka tiada alas toto untuk tidur pada malamnya atau tenaga mengangkat anak yang tiba-tiba, memegang .... nya dan kelihatan seluarnya sudah kebasahan.

Respon ibu? Marah? Tidak perlu kerana inilah proses kehidupan seorang anak yang normal. Ibu juga begitu agaknya semasa kecil dahulu malah mungkin lebih teruk lagi.

Menguruskan anak tidak lar memenatkan seperti menguruskan toto yang hendak dicuci. Toto yang berat tapi kenapa anak pula yang hendak dimarahi? Logik kah?

Sekarang ibu tidak perlu mengangkat toto yang berat lagi, sebab sudah jarang-jarang sekali ibu mencucinya selepas ibu menggunakan tikar serbaguna yang kalis air. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana apalagi membentangkannya sahaj di atas tilam anak tidur, InsyaAllah senang nak lap jika anak terkencing dan yang paling penting tidak perlu cuci toto lagi.

Tikar ini juga mempunyai pelbagai corak dan warna, sambil baring-baring boleh ajarkan anak jenis-jenis binatang, atau huruf bagi anak yang masih kecil. Seronoknya anak-anak ibu main teka-teki dengan tikar ni sesama mereka;

"Mana Elephant?"
Masing-masing mencari dan memijak gambar, kebetulan ada 3 gambar 'elephant' di situ :D


Nampak tak tikar yang paling atas, yang tiada plastik itular tikar di rumah ibu yang dibawa ke kedai untuk dijadikan sample, senang ibu-ibu nak tengok, nak rasa, nak sentuh biar puas hati.

Lihat design lain di sini.

Semoga berjumpa lagi, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...