Manusia tidak dapat hidup tanpa air, tanpa air kering kontang dunia.
Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, meningkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ.
Jika berasa panas badan, perlu minum air kosong lebih dari biasa, mempercepatkan proses penurunan suhu badan. Sekitar 70% kandungan air dalam badan setanding dengan fungsinya.
Tanda-tanda kekurangan air adalah berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit belakang, sakit kepala dan sembelit.
Ibu bukanlah pakar kesihatan, berkongsi sedikit ilmu yang ibu juga baru tahu. Bagaimana mengetahui berapa kuantiti air yang secukupnya untuk badan kita?
Berapa jumlah air yang diperlukan seseorang dalam sehari?
Jawapannya bergantung kepada aktiviti, cuaca, berat dan tahap kesihatan.
Mari kita kira jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan (senang kira)
Kira berat badan dalam paun dan bahagi 2 (jumlah yang dapat adalah dalam unit auns)
1kg ~ 2.2046paun
1 liter ~ 33.814auns
Katakan berat badan 72.5kg ~ 160 paun.
160 / 2 = 80auns ~ 2.37 liter sehari.
Ibu perlukan 1.89 liter sehari untuk keadaan normal (cuba teka berat badan ibu?) hehe
Apa yang perlu ibu lakukan? Masukkan air dalam 2 tumbler, setiap satunya berisi 1liter air. 1 tumbler bawa bersama (dalam kereta semasa mengambil dan menghantar anak sekolah, anak-anak dalam tumbler yang lain) dan 1 lagi tumbler di meja kerja.
Pastikan kalian minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis. Kurangkan pengambilan air yang tinggi kandungan gula, pewarna dan berkarbonat.
Comments
Post a Comment