Ada satu kisah yang ibu ingin kongsikan di sini, kisah ini diceritakan daripada seorang Ustaz semasa Kuliah Dhuha minggu lepas.
Seorang anak bertanya kepada ayahnya, "Perlukan kita membaca Al-Quran jika tidak faham maknanya?"
Ayah kemudian meminta anaknya mengambil guni di dalam stor, guni tersebut berdebu dan kotor kesan tersimpan lama dan tidak digunakan dalam jangka masa lama.
Ayah kemudian meminta anaknya mengambil guni di dalam stor, guni tersebut berdebu dan kotor kesan tersimpan lama dan tidak digunakan dalam jangka masa lama.
Anak bertanya, "Apa kita nak buat buat dengan guni ini ayah?"
Ayah meminta anak membawa guni ke sungai dan mengambil air, masukkan air di dalam guni dan membawa pulang.
Walaupun anak pelik, kerana pasti air di dalam guni akan keluar, anak tetap melakukan suruhan ayahnya.
Seperti dijangka sampai sahaja di rumah, guni sudah kosong, tiada air berbaki di dalamnya.
Ayah meminta lagi anak ke sungai dan mengisikan air dalam guni dan bawa air itu pulang. Anak mengikut sahaja dan ianya berlaku beberapa kali, sehingga anak sudah kepenatan.
Anak, " Ayah saya sudah tidak mahu lakukan lagi, tiada hasil apa pun, akhirnya air yang diisi dalam guni habis tumpah dan terkeluar dari guni"
Ayah berkata, "Walaupun ayah menyuruh kami membawa pulang air, dan nampaknya tiada hasil dengan menggunakan guni tersebut. Sekarang cuba kamu lihat guni yang kami bawa tadi."
"Apakah keadaannya masih sama seperti kamu mula mengambilnya di dalam stor tadi?"
"Nampaknya guni ini kelihatan lebih bersih seperti baru dibasuh" Jawab si anak
Inilah perumpamaannya apabila kita membaca Al-Quran walaupun tidak faham maksudnya (itu yang sebaiknya) tetapi jangan tinggalkan ia. Membaca Al-Quran menjadikan hati kita bersih dari karat dan tompokan hitam.
Ambillah pengajaran dari kisah ini. Kitab Al-Quran ini adalah satu kitab yang mulia, muliakan ia dengan membacanya, bukan sekadar perhiasan di dalam rumah atau diletak di atas tempat yang tinggi.
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat ang dapat aku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera makan, tidurku pun tidak lena.
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu:
- Tempat orang membaca Al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
- Tempat orang membaca Al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
- Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan
- Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Semoga bersama mendapat manfaatnya.....
insyallah AL-quran akan sentiasa dibaca. Anak2 pun alhamdulillah boleh doh baca sikit2.
ReplyDelete