Marathon 2 hari berturut-turut ibu buat puding jagung manis resepi ringkas dan sedap. Resepi asal ibu lihat sepintas lalu di facebook seorang teman, tapi sudah lupa siapa kerana lihat sepintas lalu sahaja. Tidak direkodkan, senang sahaja resepinya.
Ini kali pertama ibu buat dapat 1 bekas ni dan 6 bekas kecil puding...
Tak sempat ambil gambar sudah dihabiskan anak-anak...
Anak-anak ibu memang sukakan puding terutama jagung dan coklat. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi :)
Bahan-bahan:
1 tin Jagung Manis
1 tin susu sejat isian (susu cair)
1/2 cawan gula
1 cawan agar-agar
3 cawan air
Cara-cara:
Cairkan 1 cawan agar-agar bersama 3 cawan air. 1 cawan agar-agar anggaran separuh paket (saiz kecil)
Bila agar-agar sudah cair, masukkan gula..
Masukkan susu dan jagung manis
Bila sudah mendidih, padam api.
Masukkan dalam acuan, biar sekejap dan masukkan dalam peti ais.
Ini kali kedua buat, 3 kali ganda dari yang pertama, ini pun bertahan tak sampai 2 hari
Alhamdulillah sempat berikan sedikit pada jiran-jiran keliling, bagi yang dalam bekas kecil tu... anak-anak tentu seronok, depa juga yang berikan pada kawan-kawan mereka :)
Oh ya resepi asal, jagung itu diblend terlebih dahulu sebelum dicampurkan bersama bahan-bahan lain, tapi ibu letak macam tu je. Terpulang anda hendak blend atau tidak.
Bila keras, sedia untuk dimakan (tunggu buka puasa dulu ya)
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment