Soalan yang sukar dijawab....
Anak ibu Hakim 7 tahun seusai solat Maghrib bertanya kepada ibu soalan di atas. Ibu mencari-cari jawapan yang sesuai, spontan ibu menjawab;
"Ibu tidak boleh solat"
"Tapi kenapa?" Hakim tidak puas hati
"Perempuan ni istimewa, Tuhan sayang lebih..." ibu cuba berseloroh menggunakan kata-kata Kak Ros di dalam satu episod Upin Ipin.
"Tipu... "
"Orang perempuan Allah bai keistimewaan, boleh rehat dari solat dalam jangka masa tertentu sahaja" ibu mula mencari idea yang sesuai diserap oleh anak 7 tahun ini
"Ye lah tu.... Mana aci?" Hakim masih tidak puas hati.
Perbualan berhenti setakat itu, ibu sudah lupa apa yang berlaku waktu itu...
Di hari yang lain, persoalan, "Kenapa ibu tidak solat?" masih lagi bermain di bibir Hakim.
Ibu perlu menjawab dengan cara yang berbeza dari jawapan sebelum ini.
"Allah ciptakan kaum lelaki kuat daripada kaum wanita, wanita ini golongan yang lemah sebab itu Allah bagi cuti rehat. Orang lelaki kaum yang kuat seperti Hakim dan abah. Allah jadikan lelaki kuat, sentiasa kena solat, baru kuat."
"Ye ke?" tanya Hakim lagi
"Iye dalam Quran ada Allah sebutkan orang lelaki itu lebih kuat dari wanita"
"Quran kat mana?"
"Ibu lupa surah apa"
"Ok nanti ibu dah jumpa ibu tunjukkan pada Hakim"
Anak ini bukan sahaja mahu penjelasan tetapi juga bukti. Nampaknya jawapan yang berpihak kepada mereka (kaum lelaki) lebih digemari anak lelaki ini.
Pernah tak anak bertanyakan soalan begini kepada ibu-ibu. Apakah jawapan yang ibu-ibu berikan kepada anak ye?
mmg anak2 tanya tp sbb sy anak2 semua perempuan senang sikit. Mmg dah terangkan psl haid tu sikit2. Jd bila tak solat, diaorg pulak cakap, "Mama period ye". hehe
ReplyDeleteEm... kena terangkan sebetulnya kan...
ReplyDeleteSaya nak terangkan tentang sistem reproduktif wanita macam belum sesuai :)
Salam perkenalan..
ReplyDeleteSaya baru je baca artikel dr ustaz hasrizal saifulislam.com pasal ni..
http://saifulislam.com/?p=257
^_^
Terima kasih Ummu Thahirah, nampaknya ibu kena bersedia untuk jawapan yang lebih detail dan penjelasan yang benar untuk anak bujang 7 tahun ini :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, boleh dijadikan panduan.