Hari ini cuaca cukup cerah, nyaman dan segar. Selamat pagi Isnin buat semua, ibu doakan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Ibu ingin sekali kongsikan cerita ini yang ibu baca dari buku hasil tulisan saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris.
Pada suatu hari, raja itu cuba menyelami suka duka rakyatnya dengan melakukan kerja tukang kayu menggunakan gergaji, paku, pahat, dan penukul. Oleh kerana tidak biasa dengan kerja begitu, kemalangan telah berlaku dan sebatang jari raja terputus dan tidak dapat disambung kembali.
Penasihat raja datang melawat dan menasihati raja supaya bersabar. Penasihat raja menyatakan kejadian itu ada hikmahnya. Akibat terlalu marah, sang raja memecat penasihatnya serta-merta.
Beberapa bulan kemudian, sang raja pergi mengembara di hutan untuk menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan raja dan pengikutnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.
Semua pengiring raja dibunuh dan dijadikan korban dalam sesi pemujaan puak itu. Raja seorang sahaja yang dilepaskan kerana tidak layak dikorbankan, disebabkan kecacatan yang dialami.
Raja pulang ke istana dengan hati gembira dan bersyukur. Kini beliau sedar pada hikmah kemalangan yang berlaku suatu ketika dahulu yang menyebabkan jarinya putus.
Sebagai tanda terima kasih, raja memanggil kembali penasihatnya bekerja. Namun ada suatu perkara ang masih menjadi persoalan. Lalu raja bertanya kepada penasihatnya;
"Apa pula hikmahnya kamu dipecat, wahai penasihatku?"
Penasihat raja menjawab;
" Sekiranya saya tidak dipecat, sudah tentu saya menyertai tuanku dalam pengembaraan itu. Oleh sebab saya tidak cacat, saya pasti menjadi korban dalam pemujaan itu"
Raja tersenyum dengan jawapan penasihat yang penuh hikmah itu.
Ingatlah janji Allah dalam Surah Al-Insyirah: Ayat 5
Wallahu'alam.

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan"Ibu teringat kata-kata seorang Ustaz semasa Kuluah Dhuha di sini beberapa minggu lepas, untuk bersyukur dalam hal duniawi sentiasa pandang orang yang di bawah, untuk lebih taat dalam hal ukhrawi sentiasa pandang orang yang di atas.
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment