Alhamdulillah masih lagi di sini, menghirup nafas bersih, kesihatan yang baik. Kesyukuran yang hanya layak dirafakkan kepada Tuhan Pencipta segalanya.
Wajahnya nampak sayu dan tenang, adik Ibrahim (2 bulan) kini mengidap paru-paru berair. Setiap kali si kecil ini batuk, tubuhnya bergoncang hebat, dan nafasnya berbunyi kuat
Setiap kali batuk, acapkali Ibrahim merenung ibunya seolah memberitahu, "Ibu, Ibrahim sakit.."Segera dadanya diusap lembut oleh ibu tanpa jemu.
Lihat dan tenung wajah kecil ini, berat mata memadang berat lagi bahu yang memikul. Ibu Ibrahim seorang yang tabah, walaupun ibu hanya mengenali Puan Salwa di dunia maya atau lebih tepat di facebook, ibu tahu beliau adalah seorang ibu yang tabah dengan segala ujian hidup yang Allah berikan kepada beliau tanda kasih sayangNya.
Di saat mata ibu melihat wajah baby Ibrahim ini, terdetik di dalam hati, adakah ibu sekuat ini? Maka benarlah ayat Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat, sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan kami, Ampuni kami dan rahmati kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah: Ayat terakhir 286)Adik Ibrahim pengidap jantung berlubang, dan kini pneumonia. Jantungnya juga kini sedang membngkak. Tuan/Puan yang prihatin boleh menyertai group Tabung Doa Ibrahim di FB, di sana terdapat maklumat terkini tentang kesihatan adik Ibrahim.
Atas dasar keprihatinan, sekumpulan sahabat (dalam group FB) menganjurkan Karnival Si Jantung Hati bertujuan untuk mengutip dana untuk adik Ibrahim. Maklumat seperti berikut:
Tarikh: 23 Disember 2012 (Ahad ini)
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Maklumat lanjut tentang Karnival Si Jantung Hati di sini.
Pelbagai aktiviti di adakan di karnival ini, jualan booth, lelongan, khidmat kaunseling penyusuan percuma, Bouncy Castle, Jumble Sales, macam-macam ada di sini.... bawa keluarga, bawa anak-anak dan bergembira di sini.
Antara barangan yang bakal ada di sini;
Kagum ibu dengan keprihatinan rakan-rakan di fb, biar sekecil usaha, sekiranya ikhlas kerana Dia InsyaaAllah akan dipermudahkan. Mohon war-warkan dalam waktu yang sangat singkat ini (ibu sepatutnya tulis entry ini lebih awal, entah kenapa idea untuk menulis tentang ini hanya timbul malam tadi)
Apabila kita membantu memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan kehidupan kita.
Semoga mendapat manfaat, jangan lupa datang ke karnival ini sebagai tanda sokongan membantu sesama muslim, datang memeriahkan, bawa keluarga dan anak-anak. Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatanNya, InsyaaAllah.
Comments
Post a Comment