Pagi tadi bertempat di Masjid Al-Khairiah, Gombak diadakan Himpunan Muslimah Gombak. Ibu mendapat hebahan melalui facebook Puan Nurhidayah Jaafar seorang trainer dan pengamal hadis psikologi. Pengisian pelbagai program khusus untuk wanita antara yang menarik perhatian ibu adalah 'Parenting Forum' tentang Bagaimana Mendidik Anak Mengikut Teknik Nabi Muhammad S.A.W.
Ahli Panel Asst Prof Dr Wan Mazwati Wan Yusuff dan Puan Nurhidayah Jaafar menarik perhatian ibu untuk hadir dan mempelajari 3 teknik lagi iaitu;
1. Teknik Meningkatkan Self-Esteem (Pujian Gaya Nabi)
2. Teknik Menerangkan Peraturan
3. Teknik Demonstrasi atau Menunjuk Cara
Sebelum ini melalui Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Siti Khatijah ibu pelajari 5 teknik yang lain, kecuali teknik meningkatkan Self-Esteem. Teknik meningkatkan 'self-esteem' ini antara teknik popular dalam amalan lazim mendidik anak-anak, iaitu memuji. Dalam teknik ini diajar bagaimana teknik pujian yang betul menggunakan skrip Nabi Muhammad.
Teknik 1: Meningkatkan Self Esteem (Hadis Rujukan Pintu Langit Terbuka)
Pujian diberikan ke atas sikap, usaha, hasil kerja atau prestasi yang cemerlang.
Skrip pujian seperti berikut:
Dalam amalan lazim, ibubapa biasanya memuji anak atau pelajar seperti berikut:
"Kamu ini bagus" (SALAH)
"Kakak pandai" (SALAH)
Apabila anak menolong kerja rumah seperti menyapu sampah, puji sifatnya yang rajin membantu ibu.
"Ibu senang hati bila kakak rajin bantu ibu menyapu sampah di rumah, ringan beban ibu"
Ibu pernah gunakan teknik pujian gaya Nabi ini kepada anak sulung ibu Hakim, ibu memuji usaha Hakim membasuh kasut sekolah sendiri.
"Wah, ibu kagum melihat abang Hakim membasuh kasut sendiri, lihat sudah putih berseri. Esok pasti abang Hakim segak ke sekolah dengan pakaian dan kasut yang bersih"
Alhamdulillah Hakim tidak pernah lupa untuk membasuh kasutnya setiap minggu, sejak mulakan sesi persekolahan 2013, ibu tidak pernah basuh kasut sekolah Hakim, ringan beban ibu :)
InsyaaAllah jika diizinkan ibu akan kongsikan pula teknik menegur kesilapan dengan menyatakan apa yang tidak boleh dilakukan dan apa yang boleh dilakukan berdasarkan hadis 'Lelaki Kencing Di Dalam masjid'
Ibu-ibu boleh membaca banyak teknik dan aplikasi teknik mendorong ini di blog Ustazah Siti Khatijah, Puan Nurhidayah Jaafar dan Puan Khairulaniza Khairuddin.
sy pun nak kena belajar lg teknik2 memuji dan menegur kesalahan anak2 ni.
ReplyDeleteNur, saya pun sama banyak lagi yang kena belajar... boleh join bengkel mendorong anak guna teknik nabi bila Nur ada kelapangan.
ReplyDelete