Trend menjual di facebook semakin menjadi-jadi. Ada pula yang menganjurkan bengkel 'Bagaimana Mencapai Jualan 5 Angka Hanya Melalui Facebook'
Facebook antara laman sosial yang diminati masa kini, selain twitter, instagram, dan banyak lagi... ibu sendiri mengakui tidak dapat mengikuti semua laman sosial yang diminati anak-anak muda sekarang (wah adakah ibu sudah matang sedikit?)
Pelbagai jenis platform sosial terkini
Jika 3/4 tahun lepas, blog menjadi pilihan, sebelum itu Friendster (masih ada lagi ke?)
Ibu mula menggunakan blog sekitar 2007/2008 sehinggalah sekarang masih setia dengan blog. Paling aktif 2010. Ini berdasarkan jumlah posting entry yang dibuat. Jangan pandang enteng pada blog, blog adalah kekuatan apabila pelanggan/individu mencari sumber carian di Google dan sebagainya.
Ejen carian paling popular sekarang ini apa ye? Jika ditanya pada ibu, Google adalah jawapannya!
Katakan Cik Ayu mahir dalam membuat kek cawan yang sedap, Cik Ayu create satu blog dengan nama 'Kek Cawan Yang Sedap' atau 'Cup Cake Paling Best'. Di dalam blog tersebut Cik Ayu menceritaan bagaimana membuat kek cawan, penyediaan, tepung yang bagaimana sesuai untuk membuat kek cawan, resepi pelbagai jenis kek cawan dan sebagainya.
Apabila ibu teringin nak makan kek cawan yang sedap, ibu akan buka Google dan taip, 'resepi kek cawan yang sedap' maka blog Cik Ayu akan berada di skrin... berbanding jika Cik Ayu hanya menulis di facebook sahaja.
Segmen capaian pelanggan juga lebih luas dengan blog, bonus bagi Cik Ayu jika beliau memiliki blog dan Fanpage pada masa yang sama.
Mahu punya blog sendiri, tetapi tidak tahu macamana? Apa yang hendak ditulis? Bagaimana hendak mulakan?
Ok kami ada Kelas Asas Blog dan Penulisan secara online, sesiapa sahaja boleh sertai...
Apa yang akan dipelajari?
- Belajar Asas Blog
- Create Blog (Blog personal dan bisnes), bila pandai boleh buat banyak blog ikut suka sendiri
- Tips penulisan di blog (Bonus RM75; Ebook Super Wahm, Super Mom dan Ebook Mula Bisnes Butik)
- Hasil akhir, sebuah Ebook penulisan bersama
Mengapa perlu ada blog?
- Catatan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog. Ianya mungkin sesuai dijadikan ebook atau buku
- Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi
- Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar sebagai pelanggan pula
- Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang diikuti ramai pembaca.
Bagaimana Kelas Diadakan?
- Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
- Tugasan diberikan namun ia sangat mudah untuk diikuti
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mmapu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
- Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
- Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai
- Analisa ini akan menentukan blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan, perkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
Yuran untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan hanya RM130 sahaja, terhad kepada beberapa orang terawal, yuran akan dinaikkan kepada RM150. Berminat pm ibu di facebook https://www.facebook.com/wan.anie1?ref=tn_tnmn
Comments
Post a Comment