5 hari lagi PRU-13 seluruh rakyat Malaysia akan mengundi mencari kepimpinan baru di dalam negara Malaysia tercinta ini.
Undi pos dan undi tidak hadir telah pun berjalan, rakan-rakan yang tinggal di luar negara nampaknya sudah update status telah mengundi. Kita yang mengundi secara normal ini sudah tidak sabar rasanya untuk memangkah calon pilihan.
Ini adalah kali ke-3 ibu mengundi, teruja untuk balik kampung dan mengundi sudah terasa..... jika ada ibu-ibu yang pertama kali mengundi itu agaknya lebih lagi keterujaannya!
Apa yang seronoknya mengundi?
1. Perang Poster/Bendera
Jalanraya, jejantas, tiang elektrik, bangunan, semuanya penuh dengan bendera pelbagai parti bertanding
Uniknya ada pelbagai bentuk bendera dikibarkan, yang ibu pernah lihat di fb kapal terbang, kereta yang dihiasi bendera dan warna parti, pakaian ultraman (ini ibu lihat semasa hari penamaan calon), wau bulan (ada di kawasan berdekatan tempat tinggal ibu) dan macam-macam lagi.
2. Pelbagai parti bertanding temasuk parti bebas
Di Hulu Selangor ini, ramai calon bebas yang bertanding, DUN dan juga Parlimen. Bebas menggunakan pelbagai logo ada bunga raya, pokok, gajah, kuda dan lain-lain. Poster ditampal di pokok bertulis 'UNDILAH POKOK', gajah bagaimana pula ye?
3. Calon Pelbagai Latar Belakang
Ambil kisah tentang latar belakang calon yang bertanding terutama calon untuk DUN dan Parlimen kita. Selain itu terdapat banyak kisah-kisah calon yang ibu dengar, dengar boleh percaya belum tentu....
4. Manifesto Pilihanraya
Ini antara perkara yang menarik perhatian ibu, membaca manifesto-manifesto pilihanraya dari parti-parti bertanding.
5. Keluar Mengundi Beramai-ramai
Biasanya kami adik beradik keluar mengundi beramai-ramai, beratur mengikut saluran masing-masing. Oh ye, bagi tuan/puan yang belum periksa status mengundi, boleh cek di SINI untuk semakan daftar mengundi.
6. Prosedur dakwat PRU-13
Tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana penggunaan dakwat kekal digunakan, walaupun ada yang laporkan di fb bahawa dakwat tersebut senang tanggal (tidak kekal). Pastikan tiada dakwat terkena kertas undi bagi mengelakkan undi rosak.
7. Teruja balik kampung
Ini yang paling seronok! Boleh balik kampung....! Ibu dapat bayangkan dalam perjalanan balik nanti terdapat kenderaan yang mengibarkan bendera, hon-hon pasti berlaku apabila melihat bendera yang kita suka melintasi. Meriah!
Akhirnya selamat mengundi, jalankan kewajiban kita kepada negara. Mengundi untuk diri sendiri, generasi akan datang dan negara kita yang tercinta ini.
Comments
Post a Comment