Cuaca mendung sahaja pagi Jumaat yang diberkati ini.... sambutan hari guru diadakan peringkat sekolah Pasti kami, jadi semua pelajar diminta hadir sesi pagi. Daripada 130 pelajar, hanya 90 yang hadir dengan pelbagai juadah dan hadiah.
Guru ini kagum dengan anak-anak cilik yang sediakan hadiah dan ucapkan Selamat Hari Guru kepada kami, terharu... comel je tulisan anak-anak ini di kad.
Kami cuma minta bawa sedikit juadah, tapi mereka bawa banyakkkk... seorang bawa untuk jamu 20 orang makan, kalau dah 90 orang? Macam-macam makanan ada kek 6 kotak, kek potong dalam bekas,, makanan berat seperti nasi himpit, mee goreng, mihun, kuih-muih (paling banyak), kerepek, keropok, kentang goreng, kentang putar, nugget, buah, agar-agar dan puding, aiskrim siap dengan kon, snek, sumi jangan dikira. Sekolah sediakan ayam goreng ala-ala FC lagi.
Memang banyak! Kami hidangkan makanan yang anak-anak suka makan, yang mana kurang mendapat sambutan kami ketepikan (bawa ke masjid selepas habis jamuan - rezeki Jumaat).
Seperti biasa mulakan dengan perhimpunan bacaan syahadah dan ikrar, serta doa. Ucapan hari guru, amanat guru, sedikit nyanyian, kemudian bagi anak-anak tiup belon untuk digantung di kawasan sekolah. Setiap belon yang ditiup ditulis nama dan ucapan Sayang Cikgu :)
Kemudian acara pemberian hadiah, kagum dengan anak murid yang tulis, balut sendiri hadiah. Walaupun nampak tidak kemas tapi cukup mengharukan atas ingatan mereka kepada kami. Ada yang dari hari Selasa sudah beri hadiah hari guru! Ada pen, mug, kad, keychain, bag kecil, bunga, coklat dan gula-gula, sejadah, tuala, cupcakes, popia dan macam-macam lagi. Teruja ibu ni sebab pertama kali dapat hadiah hari guru dari anak-anak 4/5/6 tahun. Sebelum ini pernah dapat daripada pelajar sekolah menengah yang mula-mula ibu mengajar dahulu tahun 2002. Sudah lama!
Acara yang ditunggu, menjamu selera... dari awal lagi minta aiskrim, dah nama anak-anak mana yang tidak suka aiskrim... kena lah minta mereka makan makanan dulu sampai kenyang, acara kemuncak baru makan aiskrim.
Sekejap sudah sampai waktu balik, kami packing snek, sumi, kek masukkan dalam plastik, bagi anak-anak bawa balik, kongsi dengan adik-beradik dan ibubapa mereka pula. Kuih-kuih yang banyak kami hantar ke masjid, dan selebihnya yang tidak habis makan kami guru-guru bawa balik. Boleh juga sedekahkan sedikit pada anak-anak yang datang mengaji malam tu.
Macamana ya sambutan hari guru di sekolah anak-anak ibu-ibu sekalian? Cikgu ibu-ibu adalah guru bagaimana sambutan di sekolah cikgu? Ada entri tentang sambutan hari guru? Mohon komen dan letakkan link ya!
Bila sudah hampir waktu balik, baru ibu dapat snap beberapa gambar. Beginilah gayanya jadi cikgu tadika, tidak sempat nak duduk makan melayan anak-anak mahu itu dan ini, apalagi ambil gambar! Jadi entri ini tiada gambar, belum ditransfer ke pc. Bila sudah masukkan gambar ibu repost, boleh ye? Alaaah gambar kek je pun... hihi.
Ok sampai sini dulu, gigih ibu menulis entri ini jam 3 pagi! Jumpa lagi.
kat kindy sy, kami beli kek satu share dgn budak2. adala dpt hadiah jugak sikit dr yg bawa hadiah. mg depan ni kami akan adakan party sblm cuti pertengahan thn. jd masa tu baru nak buat acara2 utk budak2 & cikgu2.
ReplyDeleteseronok lah ye anak-anak makan kek...
ReplyDeletejika di sekolah ada yang bawa kek sempena harijadi memang berebut... anak-anak memang sukakan kek, coklat, snek, jajan, aiskrim lagi lar....