Alhamdulillah sempat ke PBAKL tahun ini, kami memang merancang untuk ke PWTC menaiki tren KTM, ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Tambahan dengan anak-anak yang teruja naik tren (orang kampung ibu kata darat)
Sampai sahaja di stesen KTM Rawang, terkejut kami dengan deretan orang ramai beratur membeli tiket, kebanyakannya adalah warga asing... nak kata pergi mengundi, 4 hari lagi.
Kami ubah fikiran untuk terus ke sana dengan kereta, Hakim sudah muncung 14 belas, ok kita naik di Batu Caves sahaja kata abah. Sampai di sana, Alhamdulillah parkir masih lapang, tidak ramai orang. Dari tempat parkir, tiada lif, kena panjat tangga... ibu gayat naik tangga tinggi berlubang begini, ketar lutut ibu! Nasib baik pimpin Aiesyah, jadi kena bertabahlah duhai ibu. Tangga begini tidak mesra rakyat yang jenis gayat macam ibu, apalagi warga tua yang biasanya sakit dan lenguh lutut. Pertama kali melihat tangga begini di stesen KTM dengan tidak disediakan lif (mungkin belum siap, tidak ibu ketahui)
Tengok, tinggi tangga ni....
Rezeki kami, tidak sampai 10 minit, tren bergerak. Sampai di Putra MasyaaAllah ramainya orang semua berduyun-duyun tuju tempat yang sama, PBAKL!
Meriah! Ungkapan pertama yang ibu boleh katakan melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, kelihatan ada juga rombongan beberapa buah sekolah menaiki bas ke sini. Semakin ramai yang cintakan buku, Alhamdulillah suatu perkembangan yang baik.
Mula-mula kami serbu booth PTS yang terletak di aras bawah, di situ ada PTS, Karangkraf dan Galeri Ilmu jika tidak salah ibu. Masuk sahaja pintu kelihatan chef kesukaan ibu-ibu, Chef Hanieliza sedang sibuk sign autograf di buku terbaru 1 Hari 1 Resepi, tebal buku tu katanya ada diskaun hebat, tapi ibu tidak ambil pusing, sempat rasa nasi goreng dan masak tauhu hasil tangan chef! Sedap!
Rata-rata buku PTS adalah 15% off, pembelian RM150 ke atas 20%, lebih banyak lebih murah, begitulah adat membeli. Kecuali buku Promosi Pakej lebih murah.
Booth Telaga Biru di tingkat 1, ibu memang mahu membeli Quran Wakaf dan Ibtida' untuk anak teruna, kebanyakan buku ada potongan 15%, ahli 20%. Di sana disediakan borang keahlian Telaga Biru hanya RM15 seumur hidup dan dapatkan 12 isu Solusi dengan harga RM100 sahaja. RM8.33 untuk 1 Majalah Solusi, ok lah kan?
Ibu mahu teroka tingkat 2, tapi hajat tidak kesampaian... anak-anak sudah merengek lapar. Mahu berjumpa teman yang sudah popular sekarang di Booth Blink. Beliau penulis bersama Ain Maisarah untuk Buku Aku Mahu Jadi Novelistar Jumie Jain.
Ok cukup sini dulu, ini sahaja hasil tangkapan di PBAKL kali ni, memang tidak puas.. mahu pergi lagi! Tahun depan pastikan pergi sendiri pada hari bekerja. FULL STOP!
Rata-rata buku PTS adalah 15% off, pembelian RM150 ke atas 20%, lebih banyak lebih murah, begitulah adat membeli. Kecuali buku Promosi Pakej lebih murah.
Booth Telaga Biru di tingkat 1, ibu memang mahu membeli Quran Wakaf dan Ibtida' untuk anak teruna, kebanyakan buku ada potongan 15%, ahli 20%. Di sana disediakan borang keahlian Telaga Biru hanya RM15 seumur hidup dan dapatkan 12 isu Solusi dengan harga RM100 sahaja. RM8.33 untuk 1 Majalah Solusi, ok lah kan?
Quran Wakaf dan Ibtida'
Ok cukup sini dulu, ini sahaja hasil tangkapan di PBAKL kali ni, memang tidak puas.. mahu pergi lagi! Tahun depan pastikan pergi sendiri pada hari bekerja. FULL STOP!
Comments
Post a Comment